awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong China penyumbang terbesar jualan di KLIA2

Hilal Azmi
Hilal Azmi
16/12/2017
10:15 MYT
Pelancong China penyumbang terbesar jualan di KLIA2
Tahun lepas KLIA catat jualan lebih RM1 billion, dan tahun ini KLIA2 dijangka mencapai nilai jualan sama. - Bernama
Populariti Malaysia dalam kalangan pelancong China menyumbang kepada peningkatan jualan di semua lapangan terbang antarabangsa kendalian Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Pengurus Besar Kanan MAHB, Nazli Aziz memberitahu, tahun ini menyaksikan kejayaan pertama kali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk mencapai jualan melebihi RM1 billion.
"Kita juga dapat lihat kempen sepanjang tahun ni memberi banyak kesan kepada kenaikan perbelanjaan setiap penumpang.
Nazli Aziz menyifatkan musim perayaan ini wajar diraikan dengan galakan nilai prihatin dalam kalangan masyarakat
Nazli Aziz menyifatkan musim perayaan ini wajar diraikan dengan galakan nilai prihatin dalam kalangan masyarakat
"Tahun lalu, KLIA berjaya melepasi pasaran melebihi RM1 billion, dan tahun ini, KLIA2 pula akan mencecah angka ini.
"Ini membuktikan bahawa usaha-usaha kerajaan yang memudahkan penerbangan dan juga kemudahan e-visa telah berjaya kerana jualan yang kita terima di semua lapangan terbang antarabangsa kendalian MAHB meningkat jika dibandingkan dengan tahun lalu," katanya ketika ditemui dalam majlis meraikan anak-anak dari Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah sempena program tanggungjawab sosial korporat dengan kerjasama Maybank Berhad.
Tambah Nazli, inilah musim terbaik untuk memberi pengalaman perayaan dan cuti hujung tahun ke peringkat yang lebih baik melalui aktiviti dan tawaran istimewa buat pelanggan.
Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah
Kanak-kanak Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah diraikan dalam program CSR MAHB dengan kerjasama Maybank Berhad
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Kanan Maybank, B.Ravintharan menyifatkan aktiviti CSR seperti ini dapat memberi inspirasi baharu kepada anak-anak kecil terutamanya dalam merealisasikan imaginasi mereka menerusi filem terbaru Star Wars: The Last Jedi.
Topic Berkaitan
#B Ravintharan
#China
#CSR MAHB
#KLIA
#KLIA2
#MAHB
#Maybank
#Nazli Aziz
#Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah
#Star Wars
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan