KUALA LUMPUR: Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) spektrum penuh serantau Axiata dan Payments Network Malaysia (PayNet), mengumumkan para peniaga Boost kini boleh menerima pembayaran rentas sempadan daripada pelancong Thailand menerusi kod respons pantas (QR) DuitNow.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost Sheyantha Abeykoon di dalam satu kenyataan berkata, syarikat sentiasa berada di barisan hadapan dalam penyelesaian pembayaran digital untuk memanfaatkan peniaganya dan menyediakan pilihan pembayaran yang mudah untuk pembeli tempatan.
Dengan musim cuti yang semakin hampir, perkembangan ini akan memberi peluang kepada peniaga Boost untuk meluaskan rangkaian pelanggan mereka, manakala pelancong boleh menikmati transaksi ringkas dalam mata wang mereka sendiri dengan hampir lebih setengah juta peniaga yang menawarkan kemudahan Boost di seluruh negara, kata Sheyantha.
Kenyataan itu berkata, Boost berhasrat untuk turut menawarkan pembayaran QR rentas sempadan kepada pelancong Indonesia dan Singapura serta negara lain yang berada di liputan PayNet dalam tempohbeberapa bulan akan datang.
Boost berkata ciri transaksi lancar serba baharu ini akan merintis jalan untuk memudahkan pelancong menggunakan eDompet masing-masing bagi membuat pembayaran tanpa memerlukan wang ringgit.
"Pelancong hanya perlu mengimbas kod QR DuitNow Boost, yang akan mengenal pasti lokasi secara automatik semasa pengguna berada di Malaysia dan akan menerima permintaan untuk meletakkan nilaipembelian dalam Ringgit Malaysia. Penukaran automatik akan ditolak daripada eDompet negara asal mereka.
"Bagi peniaga Boost, mereka akan terus menerima bayaran dalam ringgit," katanya.
Bagi fasa pertama, kemudahan ini akan disediakan kepada pelancong dari Thailand dan aplikasi pembayaran mudah alih institusi kewangan yang mengambil bahagian iaitu CIMB Thai, Siam Commercial Bank, Bangkok Bank, Krungthai Bank dan Bank of Ayudhya.
Boost berkata kira-kira 200,000 peniaga QR DuitNow Boost boleh ditemui di tempat-tempat tarikan pelancong yang popular di Malaysia.
Bagi menggalakkan lebih ramai peniaga mendigitalkan perniagaan dan menerima pakai kemudahan menjalankan perniagaan tanpa tunai, Boost kini bekerjasama rapat dengan Persatuan Jonker Walk di Melaka dalam usaha untuk membawa lebih banyak peniaga menawarkan pilihan beli-belah yang lebih luas.
Boost berkata yuran untuk mengaktifkan ciri pembayaran rentas sempadan akan diketepikan untuk masa yang terhad. Klik link untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menjadi peniaga Boost.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
Boost berkata ciri transaksi lancar serba baharu ini akan merintis jalan untuk memudahkan pelancong menggunakan eDompet masing-masing bagi membuat pembayaran tanpa memerlukan wang ringgit.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tourism Malaysia mulakan misi jualan pertama pasca pandemik, teroka pasaran pelancong Thailand
Misi jualan itu akan menawarkan maklumat akan lokasi yang menjadi tarikan pelancong dan perkembangan pada masa depan.