KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet tidak akan dilakukan dalam masa terdekat.
“Rombakan Kabinet? Masih awal, lama lagi,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pembukaan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2026 di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Anwar enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai bilakah Jabatan Peguam Negara (AGC) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung isu tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pada 29 September lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet kepada Anwar.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP itu menegaskan beliau akan terus menjalankan tugasnya buat sementara waktu sehingga Najib pulang untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.
Loke sebelum ini berkata peletakan jawatannya hanya akan berkuat kuasa pada hari Najib dibebaskan dari Penjara Kajang.