awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Muhammad ganti Zeti adalah tepat - PATUT

Bernama
Bernama
01/05/2016
07:17 MYT
Pelantikan Muhammad ganti Zeti adalah tepat - PATUT
Pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim (kiri) sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu dilihat sebagai tepat. - Foto BERNAMA
Pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu adalah tepat bagi meneruskan usaha yang dilaksanakan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz terutama dalam mengatasi penyusutan nilai ringgit.
Naib Presiden Persatuan Tunas Usahawan Belia Terengganu (PATUT), Norfuzilawati Yusoff berkata pelantikan Muhammad adalah tepat memandangkan beliau merupakan orang kanan dalam kepimpinan BNM sebelum ini.
"Ini dibuktikan berdasarkan kelayakan, pengalaman, rekod prestasi dan kebolehan beliau, yang telah berkhidmat dengan BNM selama 32 tahun, termasuk sebagai timbalan gabenor sejak enam tahun yang lalu.
"Ucapan tahniah juga kepada Tan Sri Zeti yang membawa nama Bank Negara Malaysia dan negara khususnya ke satu peringkat yang dikagumi di mata dunia atas pengurusan yang cekap dan terbaik serta menyifatkan beliau sebagai antara gabenor bank pusat terbaik di dunia," katanya kepada Bernama hari ini.
BACA: Muhammad Ibrahim dilantik Gabenor Bank Negara baru
BACA: Janji Gabenor Bank Negara Malaysia baru
BACA: 5 reaksi komuniti ekonomi kepada pelantikan Gabenor baru
INFOGRAFIK: Biodata Gabenor Baru Bank Negara Malaysia
PATUT juga mengharapkan Gabenor yang baru dilantik, dapat memastikan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana, terutama bagi usahawan muda ditawarkan dengan kadar faedah yang lebih rendah, menarik dan capaian pembiayaan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#Gabenor
#muhammad ibrahim
#PATUT
#Zeti Akhtar Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan