KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah berwaspada terhadap kemungkinan kenaikan kos bahan binaan susulan penyusutan ringgit dan memastikan sebarang peningkatan adalah terkawal.
Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Bhd Datuk Azmir Merican berkata setiap satu peratus susut nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan menyebabkan peningkatan 0.15 hingga 0.25 peratus untuk satu "kejituan", yang merujuk kepada istilah seni bina.
"Kami sedang memantau situasi (tukaran asing) ini. Suka atau tidak, pemaju hartanah secara keseluruhannya meningkatkan sedikit kos dan menaikkan harga kepada pembeli juga," katanya pada taklimat media maya berikutan pengumuman keputusan kewangan kumpulan 2023.
Azmir berkata berikutan bahan mentah dalam sektor pembinaan diimport, kesan kadar pertukaran akan dirasai, sekali gus memberi kesan kepada margin pada masa hadapan.
"Saya berharap ekonomi kekal stabil dan dengan laporan positif bahawa ringgit dijangka mengukuh menjelang akhir tahun ini, saya tidak fikir kita akan menghadapi masalah kenaikan harga.
"Selain sebarang situasi yang tidak diduga, saya fikir (senario) ringgit yang lebih kukuh akan memberi manfaat kepada kami dalam sektor hartanah," kata Azmir.
Sebelum ini, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kelemahan semasa ringgit adalah sementara kerana pasaran global, terutamanya rakan dagangan terbesar Malaysia, China, sedang mengimbangi semula arah aliran inflasi mereka.
Beliau turut menganggap penyusutan ringgit sebagai tindak balas yang berlebihan.
Dari segi konteks yang lebih luas, banyak negara Asia sedang bergelut dalam keadaan kewangan yang ketat, terutamanya yang bergantung kepada pembiayaan dalam denominasi dolar AS, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
Azmir berkata berikutan bahan mentah dalam sektor pembinaan diimport, kesan kadar pertukaran mata wang akan dirasai, sekali gus memberi kesan kepada margin pada masa hadapan. - Gambar fail
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.60 mata kepada 1,549.64 daripada 1,553.24 pada Khamis.
Pemaju waspada kenaikan kos susulan prestasi semasa ringgit - Sime Darby Property
Setiap satu peratus susut nilai ringgit akan menyebabkan peningkatan 0.15 hingga 0.25 peratus untuk satu "kejituan".
Model baru Perodua D66B dijangka diperkenal seawal April 2024
Perkara ini dikongsikan oleh penganalisa, selari dengan pengambilalihan UMW Holdings oleh Sime Darby.
Saham UMW dinyah senarai 19 Feb susulan pengambilalihan Sime Darby
Keseluruhan modal saham terbitan UMW Holdings Bhd akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 19 Feb, 2024.
Aliran masuk pelabur asing dalam ekuiti Malaysia melonjak hampir 3 kali ganda pada Jan 2024
Aliran masuk tersebut mengurangkan jualan bersih terkumpul mereka sejak krisis kewangan global kepada RM33.3 bilion.
Saham UMW Holdings tiada lagi mulai 9 Feb 2024, anggotai konglomerat Sime Darby
Saham UMW Holdings tiada lagi mulai 9 Feb 2024, menganggotai konglomerat Sime Darby
Sime Darby lanjut hingga 31 Jan untuk pemegang saham UMW Holdings terima tawaran RM5
CIMB Investment Bank Bhd berkata tahap penerimaan tawarannya setakat 5 petang Jumaat lepas berada pada 94.15%.
Unit Sime Darby selesaikan pengambilalihan pegangan UMW pada harga RM3.57 bilion
Sime Darby Enterprise Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh tidak langsung Sime Darby Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan 61.18 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd pada harga RM3.57 bilion.
Eksklusif: Pengambilalihan UMW penting, Toyota, Perodua akan bantu Sime Darby berkembang
Menurut Jeffri, ketika ini Sime Darby hanya menguasai sekitar 15 peratus perkongsian pasaran melibatkan segmen premium.
Lebih 99 peratus pemegang saham Sime Darby lulus pengambilalihan UMW
99.7 peratus pemegang saham Sime Darby Bhd memberikan kelulusan mengambilalih 61.2 peratus kepentingan PNB dalam UMW Holdings Bhd.