awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembentangan RMK-12 ditangguh kerana pinda intipati kesan COVID-19

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
03/07/2020
06:44 MYT
Pembentangan RMK-12 ditangguh kerana pinda intipati kesan COVID-19
Mustapa Muhamed berkata, usaha itu bagi memastikan kelestarian setiap perancangan dasar ekonomi negara bersifat jangka panjang. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Intipati Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) perlu dipinda mengikut keperluan semasa sebelum dibentangkan di Parlimen pada awal tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Muhamed berkata, usaha itu bagi memastikan kelestarian setiap perancangan dasar ekonomi negara bersifat jangka panjang.
"Kita terpaksa tangguh berikutan kesan daripada COVID-19. Ini kerana, perubahan terhadap landskap ekonomi yang ketara perlu diberi perhatian seperti pendigital perniagaan dan cara kita bekerja.
"Faktor ini yang menjadikan kita terpaksa tangguh pembentangan RMK-12," katanya dalam sidang media selepas melancarkan e-Dompet dan Kewangan Digital MyPay di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, RMK-12 yang sepatutnya dibentangkan pada 6 Ogos ini akan ditangguhkan ke Januari tahun depan.
Turut hadir Pengarah Eksekutif Dapat Vista (M) Sdn. Bhd., Sabri Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Fass Payment Solution Sdn. Bhd., Chris Leong; Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Mohd Muazzam Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahmad Dasuki Abdul Majid.
Mengulas lanjut, Mustapa bagaimanapun berkata, kerajaan masih belum memutuskan bilakah perkara itu akan diumumkan.
"RMK-12 akan dibentang awal tahun depan, tetapi belum ada tarikh khusus lagi," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, sebanyak 40 peratus daripada RM60 bilion perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 telah diguna kerajaan.
Jelas beliau, terdapat empat komponen utama menerusi projek pembangunan yang menjana pertumbuhan ekonomi negara.
"Yang pertama perbelanjaan pembangunan daripada peruntukan kerajaan, kedua daripada kerjasama awam swasta, ketiga projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan terakhir oleh pihak swasta sendiri.
"Keempat-empat komponen ini yang menggerakkan dan merangsang ekonomi negara," katanya.
Topic Berkaitan
#bank
#Bank Islam
#e wallet
#ekonomi
#Islam
#kerajaan
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#menteri
#MyPay
#pendidikan
#Perdana Menteri
#PTPTN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan