awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan masjid di Merdeka 118 bermula 1 Disember - Gagasan Nadi Cergas

Dagang News
Dagang News
18/11/2021
02:10 MYT
Pembinaan masjid di Merdeka 118 bermula 1 Disember - Gagasan Nadi Cergas
Gambaran masjid yang akan dibina di Menara Merdeka 118. - Gambar ihsan Twitter Merdeka 118
KUALA LUMPUR: Gagasan Nadi Cergas Berhad (Gagasan Nadi Cergas) akan memulakan pembinaan masjid di bangunan pencakar langit Merdeka 118 bernilai RM33.9 juta, di sini, bermula 1 Disember ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Mei 2023.
Nadi Cergas Sdn Bhd, anak syarikat milik kumpulan Gagasan Nadi Cergas menerima surat pelantikan daripada pemaju Merdeka 118, PNB Ventures Sdn Bhd bagi memulakan pembinaan masjid itu.
Pengarah Urusan Kumpulan Gagasan Nadi Cergas Berhad, Wan Azman Wan Kamal berkata, kejayaan meraih kontrak pembinaan itu menunjukkan kemampuan syarikat dalam industri dengan kami terus meraih kontrak daripada pemaju ternama seperti PNB Ventures.
"Kami gembira dapat memainkan peranan dalam menyiapkan salah satu keperluan di dalam bangunan tertinggi di dunia ini, sudah pasti ia akan menjadi mercu tanda di peta Malaysia apabila berjaya disempurnakan," katanya dalam satu kenyataan.
Menerusi kontrak pembinaan masjid itu, Gagasan Nadi Cergas berjaya meraih kontrak keseluruhan bernilai RM1.3 bilion merangkumi projek perumahan mampu milik di Lembah Klang dan pembinaan kampus Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Dungun.
Menara Merdeka 118 terdiri daripada bangunan setinggi 118 tingkat dengan keluasan tiga juta kaki persegi yang merangkumi ruangan pejabat berkelas A dan segmen runcit.
Apabila siap pada 2022, menara itu dijangka akan mencapai ketinggian sekurang-kurangnya 644 meter dan sekaligus mengatasi Menara Shanghai yang berketinggian 632 meter.
*Berita asal di Dagangnews.com
Topic Berkaitan
#Gagasan Nadi Cergas
#Wan Azman Wan Kamal
#PNB Ventures
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan