awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan pelabur bagi Proton adalah keputusan DRB-HICOM - Mustapa

Bernama
Bernama
26/05/2017
07:38 MYT
Pemilihan pelabur bagi Proton adalah keputusan DRB-HICOM - Mustapa
DRB-HICOM memeterai perjanjian dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd yang berpangkalan di China bagi membolehkan syarikat tersebut membeli 49.9 peratus pegangan dalam Proton. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Pemilihan pelabur bagi Proton Holdings Bhd adalah keputusan mutlak DRB- HICOM Bhd, selaku pemilik syarikat pengeluar kereta nasional tersebut, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Ia terserah kepada DRB-HICOM untuk membuat keputusan tersebut dan ia tiada kaitan dengan kerajaan. Namun, saya difahamkan DRB-HICOM akan terus menerajui pengurusan Proton.
"Bagaimanapun, ia adalah keputusan syarikat itu," katanya ketika diminta mengulas mengenai status pengurusan Proton di seminar berkaitan Komuniti Ekonomi ASEAN di sini hari ini.
DRB-HICOM memeterai perjanjian dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd yang berpangkalan di China bagi membolehkan syarikat tersebut membeli 49.9 peratus pegangan dalam Proton.
Perjanjian itu akan membolehkan Proton memanfaatkan platform meluas dan rangkaian kuasa Geely Holding serta membuka peluang Proton untuk mempunyai akses ke pasaran sedia ada pengeluar kereta China itu.
Geely merupakan pemilik Volvo Car Corporation dan The London Taxi Company, antara pengeluar kereta penumpang utama di China.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#China
#Geely
#Mustapa Mohamed
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan