awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemulangan Note7: Celcom akan hubungi pelanggan

Luqman Hariz
Luqman Hariz
14/10/2016
06:32 MYT
Pemulangan Note7: Celcom akan hubungi pelanggan
Celcom kini sedang menanti maklumat lanjut dari Samsung dan rakan niaga lain untuk tindakan selanjutnya. - REUTERS/Kim Hong-Ji/File Photo
Celcom akan berhubung dengan pelanggannya secepat mungkin bagi menguruskan pemulangan semula Samsung Note7 yang dibeli darinya.
Menurut Ketua Pegawai Pemasarannya Zalman Zainal, penyedia telekomunikasi itu kini menanti pengesahan maklumat dari Samsung dan rakan kongsi berkaitan sebelum mengumumkan tindakan lanjut.
Penyedia telekomunikasi tempatan, termasuk Celcom dijangka akan mengikuti langkah yang diumumkan Samsung Malaysia Electronics pada Rabu lalu, iaitu memberi pilihan kepada pelanggan untuk menukar Note7 dengan model Galaxy S7 Edge, atau mendapat pulangan wang.
“Kami telah diberi arahan dan garis panduan, dan kami sedang menunggu maklumat lanjut daripada rakan-rakan kami.
"Apabila maklumat lanjut sudah dijelaskan, kami akan menghubungi pelanggan kami dan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan peranti telah ditukar atau diambil semula.
“Kami akan melakukannya tidak lama lagi, dan kami akan pastikan pelanggan kami berpuas hati dan dilindungi,” kata Zalman sewaktu menghadiri pelancaran iPhone 7 dan iPhone 7 Plus oleh Celcom.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Samsung Malaysia berkata pelanggan akan dihubungi bermula 13 Oktober bagi urusan pemulangan Note7.
Di Amerika Syarikat, syarikat tersebut sudah mula menghantar kit pemulangan kalis api kepada pelanggan.
Isu kebakaran bateri Note7 membelenggu Samsung sejak bulan lalu, dengan 96 kes dilaporkan di Amerika Syarikat sahaja.
Insiden tersebut setakat ini telah menghapuskan kira-kira AS$17 bilion nilai permodalan pasaran syarikat itu.
Topic Berkaitan
#celcom
#Note 7
#Samsung
#Samsung bateri
#Samsung meletup
#Samsung pulang
#Samsung terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan