awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angelina Jolie lawat sempadan Rafah di Mesir, tinjau usaha bantuan ke Gaza
Piala AFCON: Jurulatih Tunisia gesa ‘reset mental’ selepas aksi hambar peringkat kumpulan
Gol Danial Amier bantu Kuching City tewaskan Kelantan TRW 1-0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemulihan eksport Malaysia terus kukuh - MIDF Research

Bernama
Bernama
28/12/2020
20:34 MYT
Pemulihan eksport Malaysia terus kukuh - MIDF Research
Bagi 2021, MIDF Research mengunjurkan kedua-dua eksport dan import akan melantun semula masing-masing kepada 5.3 dan 6.0 peratus tahun ke tahun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pemulihan eksport Malaysia terus kukuh pada November di tengah-tengah peningkatan semula kes COVID-19 di seluruh dunia, demikian menurut MIDF Research.
Firma penyelidikan itu dalam satu nota semalam berkata eksport Malaysia meningkat dengan stabil sejak kejutan awal daripada pandemik pada April dan Mei, sejajar dengan penyambungan semula aktiviti ekonomi di seluruh dunia dan mendapat manfaat daripada pemulihan China, rakan dagang utama negara ini.
Bagi tahun ini, firma penyelidikan itu telah menyemak semula unjuran pertumbuhan eksport dan import negara masing-masing pada -2.5 dan -6.9 peratus.
"Setakat ini bagi tahun ini, eksport jatuh -2.6 peratus tahun ke tahun, melepasi unjuran awal kami iaitu -3.5 peratus tahun ke tahun bagi tahun ini.
"Sementara itu, pemulihan import agak perlahan, terus mencatat pertumbuhan negatif sejak Mei, terutama disebabkan prestasi lemah kedua-dua barang perantaraan dan barang modal yang menunjukkan bahawa kebanyakan pengeluar tempatan masih lagi kurang yakin," katanya.
MIDF Research berkata setakat ini bagi tahun ini, import menyusut -7.0 peratus tahun ke tahun, jauh daripada unjuran awal iaitu -5.1 peratus tahun ke tahun.
"Sehubungan dengan itu kami menyemak semula unjuran pertumbuhan eksport bagi 2020 kepada -2.5 peratus tahun ke tahun, lebih baik daripada yang dijangkakan pada awalnya, dan unjuran pertumbuhan import kepada -6.8 peratus tahun ke tahun, menunjukkan prestasi lebih perlahan daripada yang dijangkakan sebelumnya," katanya.
Bagaimanapun, bagi 2021, MIDF Research mengunjurkan kedua-dua eksport dan import akan melantun semula masing-masing kepada +5.3 dan +6.0 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pemulihan perdagangan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#eksport
#MIDF Research
#COVID-19
#pemulihan
#China
#pertumbuhan
#unjuran
#semak semula
#firma penyelidikan
#import
#perdagangan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan