KUALA LUMPUR: Penamatan perjanjian langganan saham (SSA) yang ditandatangani pada November 2022 dengan Digital Nasional Bhd (DNB) seperti yang diumumkan pada Rabu oleh CelcomDigi Bhd akan membuka laluan kepadanya untuk mengambil bahagian dalam sebarang proses baharu termasuk penyertaan ekuiti, bersama industri.
Pengendali rangkaian mudah alih itu dalam satu kenyataan berkata pengumuman Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengenai keputusan kerajaan untuk melaksanakan 5G di bawah dua rangkaian sebaik sahaja 80 peratus liputan 5G kawasan berpenduduk (CoPA) telah dicapai oleh DNB pada Rabu amat dialu-alukan.
"Susulan pengumuman kerajaan pada 3 Mei, CelcomDigi melalui satu kenyataan kepada Bursa Malaysia telah menjelaskan kepada pemegang sahamnya bahawa Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Celcom Mobile Sdn Bhd telah menamatkan SSA masing-masing yang telah dimeterai pada November 2022 dengan DNB, berkuat kuasa 3 Mei 2023.
"Selaras dengan pengumuman kerajaan, proses awal bagi melanggan ekuiti dalam DNB melalui SSA masing-masing menjadi tidak sah," katanya.
CelcomDigi turut memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa proses itu tidak akan memberi kesan kepada perkhidmatan 5Gnya.
Pelanggan yang kini menggunakan sambungan 5G boleh terus menikmati perkhidmatan itu, berdasarkan tawaran produk yang berterusan.
"CelcomDigi mengalu-alukan peluang untuk memainkan peranan yang lebih aktif serta langsung dalam pelaksanaan 5G negara, memanfaatkan pengalaman dan sumber, rangkaian 4G terluas sedia ada termasuk rantaian bekalan dan ekosistem rakan kongsi kami untuk menyokong cita-cita 5G kerajaan kerana kami membawa penyelesaian dan penawaran 5G terbaik kepada pengguna dan perniagaan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
Pelanggan yang kini menggunakan sambungan 5G boleh terus menikmati perkhidmatan itu, berdasarkan tawaran produk yang berterusan. - Foto Celcom
Kritiklah, tapi jangan singgung soal 3R - PM Anwar
"Nak kebebasan maki hamun Raja-raja, apa nak jadi dengan negara ini? Tetapi semua bercakap tentang pertahan Melayu, parti pun parti Melayu."
Elak persepsi pojok, lawan propaganda murahan - PM Anwar
PM Anwar tegaskan kefahaman yang menyeluruh penting bagi memberi kefahaman tentang naratif yang dibawa kerajaan Madani.
Hak Palestin: Saya cuba sebaiknya, apa yang mampu
PM Anwar akui terkesan dengan kemampuan terhad untuk perjuang hak Palestin, susulan sokongan
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Johor perlu pacu automasi, guna teknologi dan gaji lebih tinggi - Liew
Johor mesti memacu kadar automasi, penggunaan teknologi baharu serta gaji yang lebih tinggi secara menyeluruh untuk memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)
AWANI Ringkas: Kebocoran gas | Tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas
Anwar mengakui usaha menarik dan merealisasikan pelaburan bernilai tinggi masuk ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi ia sesuatu yang amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara.
Tumpuan Khamis - 02 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Indeks utama Bursa Malaysia turun 0.42 peratus susulan pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.69 mata atau 0.42 peratus kepada 1,575.97 daripada paras penutup 1,582.66 pada Isnin.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sokongan dana asing, institusi tempatan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.50 mata untuk ditutup kepada 1,582.66 daripada paras penutup 1,575.16 pada Jumaat.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.