Pendafataran palsu kad sim prabayar mencatat peningkatan sebanyak 187.1 peratus dan 89 aduan direkodkan bagi tahun 2015.
Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menasihatkan pengguna agar mengambil langkah berjaga-jaga terutama berkaitan data peribadi.
Dalam satu kenyataan, CFM berkata ini termasuk mengelak maklumat peribadi seperti salinan kad pengenalan dan butiran peribadi digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendaftar akaun prabayar individu lain.
Tambahnya, penyedia perkhidmatan tidak dibenarkan membuat salinan MyKad pelanggan semasa pendaftaran.
Sebaliknya, hanya pengesahan maklumat pengenalan diri perlu dibuat.
Pengerusi CFM Megat Ishak Maamunor Rashid berkata, antara faktor peningkatan pendaftaran palsu adalah untuk meningkatkan jualan.
"Berikutan permintaan perkhidmatan prabayar mudah alih yang semakin meningkat, terdapat ejen dan pengedar jualan yang menggunakan maklumat peribadi pengguna lain untuk membuat pendaftaran akaun palsu untuk pelanggan mereka terutamanya warga asing atas faktor untuk meningkatkan jualan,” kata Megat Ishak.
Pada 2015, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan sebanyak 50 kompaun berjumlah RM2.29 juta kepada syarikat-syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran palsu kad sim prabayar.
Sehubungan itu, syarikat telekomunikasi digesa mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengesahkan maklumat yang diberikan oleh bakal pelanggan.
Proses tersebut juga bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan maklumat pengguna yang juga merupakan pelanggaran syarat bagi lesen syarikat telekomunikasi.
Malik Ridhwan
Tue Apr 19 2016
CFM menasihatkan pengguna agar mengambil langkah berjaga-jaga terutama berkaitan data peribadi. - Gambar fail
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Pengguna boleh kemuka tuntutan terhadap pembekal khidmat telekomunikasi
Pengguna boleh mengemukakan tuntutan terhadap pembekal perkhidmatan telekomunikasi sekiranya terdapat kemungkiran atau ketidakpuasan terhadap perkhidmatan yang dijanjikan.
97 peratus aduan gangguan perkhidmatan telekomunikasi berjaya diselesaikan CFM
Menurut Timbalan Pengerusi CFM Mohamad Yusrizal Yusoff, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 161 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Masalah rangkaian dan harga aduan tertinggi 2018
Aduan daripada pengguna perkhidmatan komunikasi dan multimedia mengenai rangkaian dan harga adalah antara yang tertinggi bagi 2018.
Fahami panduan khidmat perayauan untuk elak kejutan bil
Pengguna disaran mengambil langkah berhati-hati jika ingin menggunakan data internet semasa berada di luar negara.
CFM tawar tip cara jemaah jimat bil telefon
CFM berkata jemaah antara lain perlu mendapat nasihat daripada penyedia perkhidmatan sebelum bertolak, mengelak daripada menggunakan dua kad SIM dalam satu telefon bimbit.
CFM terima lebih 7,000 aduan berkaitan perkhidmatan telekomunikasi pada 2016
Kebanyakan aduan yang diterima adalah berkaitan lebihan caj bayaran kepada pengguna bagi perkhidmatan yang telah ditamatkan atau pertukaran talian lain.
Pendaftaran palsu kad sim prabayar meningkat
Pendafataran palsu kad sim prabayar mencatat peningkatan sebanyak 187.1 peratus dan 89 aduan direkodkan bagi tahun 2015.
Telco ikrar laksana formula 'beli RM10, dapat RM10'
Sektor industri telekomunikasi menyokong keputusan kerajaan mengenakan GST bagi kad tambah nilai.
AirAsia tandatangan pembelian enjin CFM
Syarikat penerbangan AirAsia menandatangani perjanjian pembelian enjin buatan CFM bernilai AS8.6 bilion bersamaan untuk kegunaan 100 pesawat Airbus A320 yang ditempah Disember lalu.
Persatuan Kristian menyertai panggilan untuk IPCMC
CFM badan yang mewakili 90% gereja di seluruh negara, telah menjadi organisasi terbaru bagi menggesa kerajaan untuk menubuhkan IPCMC.