awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendapatan melonjak, AmInvestment ulang saranan Beli saham Petronas Chemical

Dagang News
Dagang News
23/11/2021
00:39 MYT
Pendapatan melonjak, AmInvestment ulang saranan Beli saham Petronas Chemical
AmInvestment Bank mengulangi saranan 'Beli' ke atas saham milik Petronas Chemicals Group (PetChem) dengan nilai saksama yang lebih tinggi sebanyak RM10.90 sesaham berbanding RM10.60 sesaham sebelum ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: AmInvestment Bank mengulangi saranan 'Beli' ke atas saham milik Petronas Chemicals Group (PetChem) dengan nilai saksama yang lebih tinggi sebanyak RM10.90 sesaham berbanding RM10.60 sesaham sebelum ini.
Selain itu firma penganalisis itu turut menaikkan unjuran pendapatan PetChem sebanyak 23% untuk tahun kewangan 2021 dan masing-masing FY21F, 8% dan 13% untuk tahun kewangan 2022 dan 2023.
"Peningkatan pendapatan bagi tahun kewangan 2022 adalah lebih rendah berpunca daripada kesan cukai kemakmuran untuk pendapatan bercukai melebihi RM100 juta," katanya dalam nota penyelidikannya di sini pada Isnin.
AmInvestment berkata, keuntungan bersih teras untuk tempoh 9 bulan pertama 2021 sebanyak RM5.285 juta adalah melebihi jangkaan, menyumbang 91% daripada jangkaan pendapatan yang dibuat.
"Memandangkan pendapatan 9 bulan menyumbang 63%–85% dalam tempoh lima tahun yang lalu, perbandingan mungkin tidak mencerminkan disebabkan pergerakan komoditi yang tidak menentu," katanya.
Bagi suku ke suku, hasil suku ketiga kumpulan meningkat 3% kepada RM5.8 bilion, didorong oleh harga produk yang lebih tinggi untuk kedua-dua segmen baja & metanol (F&M) dan olefin & derivatif (O&D), sebahagiannya diimbangi oleh penggunaan loji keseluruhan (PU) menurun sebanyak 3 peratus mata kepada 94% daripada penyelenggaraan yang lebih tinggi di bahagian olefin & derivatif.
"Secara keseluruhannya, kami kekal yakin dengan prospek pendapatan PetChem memandangkan korelasi yang kukuh dengan harga sahamnya kerana kos naphtha yang lebih kukuh akan menyokong harga produk petrokimia.
"Oleh itu, kami menjangkakan pendapatan jangka pendek yang stabil kerana harga minyak mentah Brent baru-baru ini didagangkan pada atau melebihi ambang AS$80/tong berbanding purata suku ketiga 2021 sebanyak AS$68/tong," katanya.
PetChem pada Isnin mengumumkan terus mencatat prestasi kukuh, ditunjukkan oleh pertumbuhan mendadak dalam pendapatan dan keuntungan pada suku ketiga 2021, didorong oleh harga produk petrokimia yang lebih tinggi.
Kenaikan harga minyak mentah yang berpanjangan dan persekitaran bekalan yang ketat secara berpanjangan turut menyebabkan harga produk yang lebih tinggi pada suku tersebut.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#AmInvestment Bank
#petronas chemicals group
#saranan 'Beli' ke atas saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan