awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengambilalihan MASwings dijangka selesai menjeang suku kedua atau ketiga tahun depan

Bernama
Bernama
20/12/2023
12:41 MYT
Pengambilalihan MASwings dijangka selesai menjeang suku kedua atau ketiga tahun depan
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pada masa ini proses penilaian wajar terhadap syarikat itu sedang giat dijalankan. - Gambar fail
KUCHING: Proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan Sarawak dijangka dimuktamadkan pada suku kedua atau ketiga tahun depan, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
Beliau berkata pada masa ini proses penilaian wajar terhadap syarikat itu sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak serta Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan bersama Kementerian Pengangkutan Persekutuan dan Khazanah Nasional Berhad.
"Kementerian Pelancongan ditugaskan untuk melihat potensi pasaran. Bagi saya projek pengambilalihan adalah seperti jambatan untuk kita. Sarawak tiada pilihan lain, kita tak boleh suruh orang berenang sebab kita pulau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku 'The Life of Datuk Polycarp Sim Cheng Mong' di sini, hari ini.
Pada 23 Nov lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan negeri, Datuk Dr Jerip Susil berkata kerajaan negeri Sarawak sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASwings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan.
Katanya, rundingan juga sedang dijalankan dengan Malaysia Aviation Group (MAG) dan Khazanah Nasional Bhd untuk membeli saham dalam MASWings.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengambilalihan
#MASWings
#Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan