awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Pulau Pinang sita 73 kereta mewah bernilai lebih RM10 juta dalam Op Luxury
[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat tidak bermoral
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluar kenderaan perlu tukar model perniagaan jika tidak mahu kalah - Kajian

Najib Aroff
Najib Aroff
27/12/2017
04:58 MYT
Pengeluar kenderaan perlu tukar model perniagaan jika tidak mahu kalah - Kajian
Perubahan teknologi memerlukan pembekal melabur secara besar dalam teknologi lama dan baharu secara serentak meskipun pulangan pelaburan dalam teknologi baru tidak menentu - foto AstroAWANI
Trend gangguan teknologi dijangka menjejaskan bekalan sektor automotif bagi tahun 2018 meskipun sektor itu merekodkan pendapatan tinggi pada tahun ini, menurut Kajian Bekalan Automotif Global 2018 oleh Roland Berger and Lazard.
Menurut firma itu empat trend mega gangguan teknologi itu termasuk perkongsian mobiliti, kenderaan autonomi, pendigitalan, dan kenderaan elektrik, kata firma itu dalam satu kenyataan.
“Kajian mendapati Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pembekal perlu melakukan transformasi model perniagaan sedia ada bagi mengadaptasi perubahan dalam sumber pendapatan di bawah trend mega ini.
“Pembekal perlu menyediakan perubahan besar termasuk perubahan teknologi lebih pantas, perisian sebagai pembeza utama, dan menjadikan perkakasan sebagai komoditi,” menurut kajan itu.
“Perubahan teknologi memerlukan pembekal melabur secara besar dalam teknologi lama dan baharu secara serentak meskipun pulangan pelaburan dalam teknologi baru tidak menentu,” kata Martin Tonko, Presiden dan Pengarah Roland Berger Indonesia.
Kajian itu melibatkan 650 pembekal seluruh dunia untuk menilai keadaan semasa industri, trend serta cabaran.
Bagi 2017, industri pembekal dunia dijangka menyaksikan peningkatan pendapatan sekitar 3 peratus berbanding 2016, dan mengekalkan kadar keuntungan.
Menurut kenyataan itu model perniagaan mobiliti baharu seperti perkhidmatan perkongsian pengangkutan dijangka menjejaskan kadar pemilikan kenderaan, selain kenderaan autonomi yang semakin diterima dengan perubahan perundangan dan teknologi.
Dari segi pendigitalan, kecerdasan buatan (AI) menawarkan kemungkinan tanpa had manakala teknologi yang membolehkan sambungan semakin mendapat tempat dalam penggunaan arus perdana.
Kenyataan itu turut menilai kenderaan elektrik yang semakin mendapat momentum kepercayaan dari pembuat dasar dan pembekal komponen tulen (OEM).
Berdasarkan perkembangan trend mega itu, gangguan teknologi dalam industri automotif adalah sesuatu yang tidak dapat dielak namun proses pertukaran dan adaptasi dijangka mewujudkan situasi tidak menentu dan menjejaskan jualan serta pengeluaran.
Topic Berkaitan
#AI
#automotif
#gangguan teknologi
#Indonesia
#OEM
#Roland Berger and Lazard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan