KUALA LUMPUR: Pengeluaran minyak sayuran dunia iaitu minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak kacang soya dan minyak biji sesawi dijangka meningkat kira-kira 7 juta tan metrik bagi tempoh 2021/2022, pertumbuhan terbesar dalam tempoh 4 tahun, menurut Oil World.
Dalam pembentangan pada seminar Pointers on Price Trends Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) yang diadakan secara maya, Ketua Oil World, Thomas Mielke berkata, ini susulan defisit pengeluaran global selama 2 tahun dan penurunan stok minyak sayuran.
Katanya, jika unjuran ini menjadi kenyataan, harga minyak sayuran dijangka jatuh dan harga purata makanan akan menjadi tinggi semasa tempoh tersebut
"Pengeluaran minyak sawit dunia pulih hanya sebanyak 1.7 juta tan metrik pada tempoh Oktober 2020 hingga September 2021.
"Peningkatan sebanyak 3.5 juta hingga 4 juta tan metrik dijangkakan bagi musim ini (2021/2022)," katanya semalam seperti dilapor Bernama.
Daripada jumlah itu, pengeluaran di Indonesia dijangka meningkat sebanyak 1.7 hingga 2 juta tan metrik, pengeluaran di Malaysia diunjur meningkat 1 hingga 1.2 juta tan metrik dan negara-negara lain dijangka menyumbang kira-kira 0.8 juta tan metrik.
Menurut beliau, di Malaysia, purata hasil minyak sawit dijangka turun ke paras terendah dalam tempoh 20 tahun pada 2021 dan jumlah pengeluaran kepada hanya 18.2 juta tan metrik atau malahan kurang lagi, meskipun cuaca yang secara umumnya baik.
“Keseluruhannya, bagi tahun ini, pengeluaran minyak sawit Malaysia dijangka mencapai kira-kira 4 juta tan metrik di bawah potensi disebabkan antara lainnya, kekurangan buruh.
"Bagaimanapun keadaan dijangka bertambah baik tahun depan dengan 32,000 pekerja asing telah dibenarkan memasuki negara,” katanya.
Aliran menurun pengeluaran minyak sawit telah menyaksikan komoditi itu mencatatkan harga tertinggi baharu sejajar dengan prestasi harga minyak sayuran lain.
Mengulas mengenai langkah kerajaan Malaysia membenarkan kemasukan pekerja asing itu, Timbalan Pengerusi Am Persatuan Minyak Sawit Indonesia (GAPKI), Togar Sitanggang berkata, ia boleh membantu mengurangkan masalah pengeluaran rendah yang dihadapi pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia itu sekarang.
Beliau berkata, perubahan duti India turut menyokong eksport minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia ke pasaran pengguna minyak sawit terbesar dunia itu pada 2020.
Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, India muncul sebagai destinasi eksport minyak sawit terbesar Malaysia sebanyak 22.15%, diikuti China (11.38%), Belanda (6.4%) dan Turki (4.37%).
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Oct 21 2021
Di Malaysia, menurut Ketua Oil World Thomas Mielke, purata hasil minyak sawit dijangka turun ke paras terendah dalam tempoh 20 tahun pada 2021. - Foto DagangNews.com
Konsert 'AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024' di SNBJ 27 Julai ini
Selepas lebih setahun, AR Rahman, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada 27 Julai ini.
Pantau Agenda Reformasi: Gaji progresif & potensi anak muda
Kita bersama Dr Mohd Fauzi Fadzil, Exco Majlis Belia Malaysia bagi pernciannya,
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Rompin rekod bacaan IPU tidak sihat
Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 11 pagi tadi menunjukkan satu stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Stesen Rompin, Pahang disebabkan kebakaran setempat.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Niaga AWANI: AirAsia Cambodia mula penerbangan domestik pertama
AirAsia menghubungkan Kemboja dengan laluan antarabangsa dari hab Kuala Lumpur dan Bangkok dengan 63 penerbangan setiap minggu.
Niaga AWANI: Bukti Malaysia diiktiraf sebagai hab pilihan Asia Tenggara
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata ini menunjukkan keyakinan Microsoft terhadap Asia Tenggara dan kedudukan strategik Malaysia sebagai pintu masuk untuk pertumbuhan.
Niaga AWANI: Perkhidmatan Skypark Link akan diaktifkan kembali - Anthony Loke
Beliau menjelaskan terminal itu diharap dapat menarik lebih ramai penumpang ke lapangan terbang kerana ia merupakan antara kawasan paling sesak di Lembah Klang.
Untung bersih suku ketiga FGV susut kepada RM31.98 juta
Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 susut kepada RM31.98 juta daripada RM241.67 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
Pengeluaran minyak sayuran dunia dijangka cecah paras tertinggi dalam tempoh 4 tahun - Oil World
Jika unjuran jadi kenyataan, harga minyak sayuran dijangka jatuh dan harga purata makanan akan menjadi tinggi semasa tempoh 2021/2022.
India import minyak sayuran bernilai lebih AS$8.8 bilion pada separuh tahun fiskal 2021-22
India mengimport sejumlah besar minyak sawit, minyak kacang soya dan minyak bunga matahari untuk memenuhi permintaan penggunaan domestik.
Import minyak sawit Malaysia di India susut
Jumlah import minyak sawit India dari Malaysia terbukti susut sebagaimana dipaparkan dalam data bulan terbaharu yang dikeluarkan oleh sebuah persatuan perdagangan New Delhi pada Jumaat.
Indonesia-Malaysia dakwa pasar raya UK beri tanggapan salah tentang minyak sawit
Dakwaan yang dibuat terhadap minyak sawit adalah mengelirukan konsumer tentang manfaat persekitaran daripada minyak sayuran'.
Larangan EU ke atas minyak sawit tidak jejaskan FGV
Parlimen EU mengundi pada 17 Jan 2018 untuk melarang biofuel berasaskan minyak kelapa sawit menjelang 2021.