awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran perindustrian lembap pada suku keempat sebelum menyusut ketara tahun hadapan

Bernama
Bernama
09/11/2022
02:00 MYT
Pengeluaran perindustrian lembap pada suku keempat sebelum menyusut ketara tahun hadapan
RHB IB tidak menjangkakan sebarang kelemahan ketara dalam keadaan pasaran buruh pada separuh kedua 2022. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan pengeluaran perindustrian Malaysia akan berkurangan secara beransur-ansur pada suku keempat 2022 sebelum mencatatkan kelembapan yang lebih ketara menjelang separuh pertama 2023.
Bank pelaburan itu berkata prospek berhati-hati telah dipacu oleh pertumbuhan global yang agak perlahan termasuk impak daripada perbelanjaan kewangan yang agak ketat, "seterusnya memberi kesan kepada prestasi perdagangan dan pembuatan negara pada awal 2023."
"Diheret oleh keadaan pasaran global yang kurang memberangsangkan serta kejatuhan dalam permintaan pelanggan, Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) SP Global Malaysia menyusut lagi kepada 48.7 mata pada Oktober berbanding 49.1 mata semasa September atas pesanan eksport yang telah menyusut.
"Kami mengunjurkan pertumbuhan pengeluaran perindustrian tahun penuh pada 7.3 peratus dari tahun ke tahun untuk 2022," katanya dalam satu nota penyelidikan.
RHB IB tidak menjangkakan sebarang kelemahan ketara dalam keadaan pasaran buruh pada separuh kedua 2022, walaupun beberapa catatan negatif mungkin disaksikan pada separuh pertama 2023 di tengah-tengah prospek sektor pembuatan yang suram.
"Melangkah ke separuh pertama 2023, kadar pengangguran dijangka memuncak sekitar 4.1 peratus pada suku kedua 2023, sebelum menokok kepada 3.8 peratus menjelang suku keempat 2023.
"Bagi 2022, kami meramalkan kadar pengangguran pada 3.8 peratus menjelang akhir 2022," katanya.
Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan indeks pengeluaran perindustrian (IPI) Malaysia berkembang 10.8 peratus dari tahun ke tahun pada September 2022 berbanding pertumbuhan 13.6 peratus yang direkodkan pada Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#pengeluaran perindustrian
#RHB IB
#pertumbuhan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan