Skip to main content

Dunia

Piala ASEAN FIFA: Bergson debut terus cipta impak, Harimau Malaya benam Bangladesh 3-0

Malaysia kini akan berdepan cabaran lebih getir apabila dijadualkan menentang Indonesia pada aksi seterusnya. - Gambar Stadium ASTRO
Malaysia kini akan berdepan cabaran lebih getir apabila dijadualkan menentang Indonesia pada aksi seterusnya. - Gambar Stadium ASTRO
Advertisement

Debut Bergson bersama Harimau Malaya berakhir dengan impak positif apabila Malaysia membuka kempen Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 dengan kemenangan 3-0 ke atas Bangladesh di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dalam penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan, Bergson terus mencetak nama sebagai penjaring apabila meledak gol ketiga Malaysia pada minit ke-58.

Turut mencuri tumpuan ialah dua muka baharu dalam kesebelasan negara, Brad Tapp dan Manuel Hidalgo, yang diberi kepercayaan oleh jurulatih interim, Tan Cheng Hoe.

Advertisement

Malaysia bagaimanapun sudah berada di depan 2-0 pada separuh masa pertama hasil ketajaman Arif Aiman Hanapi.

Pemain sayap itu membuka jaringan pada minit ke-18 sebelum sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-37 untuk memberikan Harimau Malaya kelebihan selesa sebelum rehat.

Advertisement

Malaysia kemudian meneruskan momentum pada babak kedua dan Bergson melengkapkan kemenangan 3-0 menerusi jaringan pada minit ke-58.

Keputusan itu memberikan Harimau Malaya permulaan sempurna dalam saingan Kumpulan A.

Malaysia kini akan berdepan cabaran lebih getir apabila dijadualkan menentang Indonesia pada aksi seterusnya.

Indonesia vs Malaysia 
Tarikh: 28 September 2026
Masa: 8.30 malam
Venue: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta

Must Watch Video

Advertisement