KUALA LUMPUR: Empat dari lima keluarga yang menghuni rumah mampu milik atau perumahan kos rendah dan sederhana cenderung untuk kekal dalam jenis perumahan yang sama seumur hidup, demikian menurut satu kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat teknologi pangkalan data hartanah.
Hasil daripada analisis ini telah dibentangkan oleh Pengurus Besar PropertyGuru DataSense Joe Thor baru-baru ini yang bertujuan menyingkap dengan lebih lanjut sambutan dan tahap daya penarik rumah mampu milik seperti rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan pelbagai lagi - di Lembah Klang, kata PropertyGuru dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Thor, pihak berkuasa dan badan perancang perlu mengkaji dan memahami mengapa empat dari lima keluarga yang menghuni rumah mampu milik tidak mampu atau tidak mahu meninggalkan perumahan mampu milik mereka setelah mereka mula menghuni.
"Hanya 20 peratus daripada penghuni rumah mampu milik akan meninggalkan perumahan mampu milik dan bertindak membeli rumah swasta yang dibina oleh pihak pemaju.
"Antara faktor yang mendorong penghuni untuk berpindah ialah bilangan ahli keluarga yang semakin membesar dan mereka akan cenderung untuk berpindah ke rumah teres yang terletak di kawasan lebih murah," katanya.
Kajian yang dijalankan oleh PropertyGuru telah menganalisis kira-kira 7,900 projek rumah mampu milik di Kuala Lumpur dan Selangor dan 139,500 transaksi jualan sejak dari tahun 70-an.
Kriteria transaksi yang dianalisis ialah perumahan awam dengan nilai antara RM 25,000 hingga nilai maksimum RM350,000.
Walaupun rumah mampu milik hanyalah 10 peratus dari jumlah keseluruhan projek perumahan di lokasi berkenaan, PropertyGuru berkata ia membentuk 18 peratus daripada keseluruhan jumlah transaksi dan ini membuktikan terdapat permintaan memberangsangkan untuk rumah jenis ini.
Menurut kajian itu, Thor berkata impian pemilik rumah mampu milik ialah sebuah rumah teres dan segala manfaat yang datang bersama iaitu ruang peribadi dan privasi sambil mengekalkan semangat kejiranan.
Beliau seterusnya menambah rumah kluster merupakan pilihan pemilik berbanding rumah flat aras tinggi kerana rumah kluster memberi lebih privasi, ruang yang lebih luas dan memupuk rasa kehidupan berkomuniti.
"Sebab utama mereka berpindah dari rumah mampu milik ialah apabila mereka mula membina keluarga, mereka memerlukan ruang dan privasi yang lebih.
"Justeru, projek rumah mampu milik secara ideal merupakan batu loncatan dalam pemilikan hartanah individu. Namun, kami mendapati purata tempoh pemilikan dari pembelian pertama hingga mereka keluar dari rumah ini ialah tujuh tahun. Amat dikesali bahawa ini bukanlah apa yang terjadi kepada empat dari lima keluarga pemilik projek rumah mampu milik," kata beliau.
Kajian mendapati mereka yang tidak dapat keluar mungkin mengalami masalah kekurangan pilihan atau tidak mempunyai kemampuan kewangan.
Sementara mereka yang tidak mempunyai keinginan untuk keluar mungkin disebabkan rumah mereka sekarang terletak di lokasi strategik (berdekatan dengan kemudahan kenderaan awam, sekolah dan kawasan pekerjaan dan lain-lain lagi).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
Kajian mendapati mereka yang tidak dapat keluar mungkin mengalami masalah kekurangan pilihan atau tidak mempunyai kemampuan kewangan.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
Pelaksanaan rumah mampu milik di bawah RMK12 capai 89 peratus
Sasaran penyediaan 500,000 RMM di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kini hanya berbaki 56,741 unit rumah.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
Belanjawan 2025: Ini langkah kerajaan tingkat kesejahteraan penduduk rumah mampu milik
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.
Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.
Perak komited tangani masalah projek perumahan terbengkalai, sedia lebih banyak rumah mampu milik
Kerajaan negeri Perak komited menangani isu projek perumahan terbengkalai melalui Jawatankuasa Kecil Pemantauan Projek Sakit dan Pemulihan Projek Terbengkalai (JKPSPT).
Melaka komited teruskan agenda pembangunan rumah mampu milik
Kerajaan Melaka komited meneruskan agenda pembangunan rumah mampu milik (RMM) sekali gus mengekalkan status negeri yang menyediakan harga rumah terendah dan mampu dimiliki untuk rakyatnya.
Belanjawan 2025: Belia harap isu rumah mampu milik, kesihatan mental jadi perhatian
Golongan belia berharap isu perumahan, insentif lain melibatkan kesihatan mental dapat diangkat dalam Belanjawan 2025.
Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri
Karnival Kebudayaan ATH Group 2024 #ADOMMENEY dianjur untuk memperkukuh jenama serta mengangkat seni budaya tradisi negeri Kelantan.
Skim Perumahan MADANI akan diperincikan di sekitar Kuala Lumpur - Zaliha
JWP menyambut baik inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri dalam majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada Sabtu.