Penjana kuasa bebas (IPP), Edra Power Holdings Sdn Bhd, dijangka disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada November tahun ini.
Sumber industri pasaran modal berkata syarikat itu yang merupakan IPP kedua terbesar di Malaysia dan syarikat tenaga nuklear utama di dunia, dijangka mengumpul lebih daripada RM5 bilion daripada penyenaraiannya.
Para penganalisis berkata "Edra adalah suatu yang baik kepada pemulihan ekonomi Malaysia" kerana cadangan penyenaraian itu dibuat dalam keadaan petunjuk ekonomi positif termasuk pertumbuhan dan eksport yang kukuh dan peningkatan ringgit.
Apa yang paling menonjol ialah semakan pertumbuhan ekonomi 2017 negara oleh Bank Dunia kepada 4.9 peratus daripada 4.4 peratus sebelumnya, lebih tinggi berbanding unjuran kerajaan sendiri susulan prestasi suku pertama yang amat memberangsangkan.
Turut menyumbang kepada sentimen positif itu ialah ringgit, yang disebut-sebut sebagai mata wang paling kukuh di Asia.
Ini disebabkan oleh aliran masuk kukuh dana asing ke pasaran saham, yang mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh dua tahun, ditutup melebihi paras 1,787 mata pada awal Jun, dan disokong oleh pendapatan korporat yang positif.
Dalam keadaan itu, penganalisis berpendapat kenaikan di Bursa Malaysia akan memberi prospek baik bagi harga penyenaraian Edra, yang walaupun tidak ditetapkan, akan menjadikan tawaran awam permulaan (IPO) rancak semula.
Ini memandangkan Edra dijangka menjadi IPO 'blokbuster' dengan pengurus dana utama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan, Tabung Haji dan Khazanah Nasional Bhd kini 'semakin aktif' memandangkan peningkatan permintaan terhadap penyenaraian baharu.
"Ia akan menjadi penyenaraian yang menjadi tumpuan yang juga akan menarik pelabur runcit untuk terlibat sebagai pemegang saham dalam syarikat itu," kata seorang penganalisis.
Beliau berkata China General Nuclear Power Corp (CGN), yang memiliki sepenuhnya Edra, mungkin akan melepaskan kira-kira 35-40 peratus sahamnya dalam pasaran sebagai sebahagian daripada langkah penyenaraian itu.
"Mereka merancang memulangkan pemilikan syarikat itu kepada orang Malaysia yang mana ia merupakan satu evolusi semula jadi dalam pasaran modal," kata penganalisis itu.
Ia akan menguntungkan pelabur Malaysia kerana sebagai sebuah syarikat terkemuka antarabangsa dalam tenaga bersih, Edra mempunyai banyak jaringan dengan syarikat utiliti tempatan dan antarabangsa, katanya.
Sebagai sebuah syarikat tenaga nuklear global ia memiliki pelaburan lebih daripada 25 gigawatt dalam projek tenaga bersih dan boleh baharu.
Projek-projek tersebut termasuklah projek dikuasakan tenaga angin, solar, hidro, gas, arang batu dan bahan api sel di China, Korea Selatan, Singapura, United Kingdom, Perancis dan Australia.
Dan dengan pengambilalihan Edra oleh CGN tahun lepas, ia telah membawa era pertumbuhan bagi pelaburannya di Malaysia.
Sebagai contoh, syarikat itu bakal membina loji fotovoltaik solar berskala besarnya di Kedah awal 2018, dengan kapasiti penjanaan 50 megawatts (MW).
Projek itu yang dikenali sebagai Projek Kedah Solar, akan menukarkan tanah pertanian di Kuala Ketil menjadi tapak perindustrian yang menghasilkan tenaga boleh baharu, yang seterusnya membawa impak positif penting kepada pertumbuhan ekonomi negeri itu.
Ia juga akan membangunkan jana kuasa gabungan kitaran turbin gas (CCGT) terbesar Malaysia di Alor Gajah, Melaka dengan kuasa 2,242 MW.
Apabila siap kelak, projek itu, yang akan menyediakan penukaran bahan api kepada elektrik paling kos efektif, akan menjadi jana kuasa CCGT terbesar Malaysia.
"Ia akan menjadi tempoh yang menyeronokkan sekali lagi bagi pelabur yang mahu menyertai pertumbuhan tinggi yang ditawarkan Edra malahan kepada peserta runcit menerusi penyenaraian awamnya," kata penganalisis itu.
Bernama
Sun Jul 02 2017
aliran masuk kukuh dana asing ke pasaran saham, yang mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh dua tahun, ditutup melebihi paras 1,787 mata pada awal Jun, dan disokong oleh pendapatan korporat yang positif. - Sumber foto http://en.cgnpc.com.cn
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Warga emas dilapor hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi kesukaran kerana arus sungai deras.
Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ajal pulang kerja, pemuda maut dihempap pokok tumbang
Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap pokok tumbang di Alor Gajah.
'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'
Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang berusia lapan bulan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Alor Gajah.
Bayi lapan bulan maut, taska tidak berdaftar dengan JKM
Taska di Taman Kelemak Utama yang menjadi lokasi seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai ditekup dengan bantal disahkan tidak berdaftar dengan JKM.
Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
PPS di Balai Raya Bukit Balai dibuka pada 11.30 malam tadi, menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.
Enam ekor lembu mati dilanggar treler
Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di Alor Gajah pagi tadi.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.