Peralihan kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan dianggap sebagai positif kepada perkembangan ekonomi negara oleh pengurus dana negara.
Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan Datuk A Kadir Jasin berkata indikasi yang diperoleh ialah pengurus dana melihat perubahan yang berlaku pada 10 Mei lalu, dengan perubahan kerajaan baharu sebagai suatu yang positif dan mereka akan memainkan peranan masing-masing untuk membantu mengukuhkan ekonomi.
Beliau berkata demikian bagi pihak bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, yang diisytiharkan penubuhannya pada Jumaat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain Daim, ahli Majlis Penasihat Kerajaan termasuk bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican, tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kuok dan Ahli Ekonomi terkemuka negara, Prof Dr Jomo Kwame Sundara.
Menurut Kadir, Daim yang mewakili Majlis Penasihat Kerajaan menemui syarikat pelaburan berkaitan kerajaan iaitu wakil daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd (PNB), Khazanah Nasional Berhad, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Haji.
"Pada dasarnya, ia merupakan syarikat pelaburan kerajaan yang terbesar dan mereka mempunyai banyak modal dan amat aktif melabur dalam saham dan bon.
"Hari ini (Ahad) Tun (Daim) memberi taklimat kepada mereka mengenai jangkaan tinggi rakyat dan juga para pelabur, tempatan dan antarabangsa.
"Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa kita melakukan yang terbaik untuk tidak mengecewakan mereka. Esok (Isnin) akan menjadi hari pertama, pasaran dibuka selepas cuti panjang dan esok akan menjadi hari yang penting dari segi pasaran yang akan membuat penilaian terhadap kerajaan baharu," katanya kepada Bernama News Channel selepas pertemuan Daim dengan pengurus dana itu pada Ahad.
Kadir berkata pengurus dana tempatan amat besar dan mereka mempunyai lebih banyak wang berbanding yang dapat diserap pasaran tempatan.
Menurut Kadir, hari ini (Isnin) akan terdapat pertemuan dengan pengurus dana.
Katanya Majlis Penasihat Kerajaan turut menyarankan kepada pengurus dana yang mempunyai maklumat tambahan yang hendak disampaikan kepada majlis itu boleh diberikan pada bila-bila masa.
Kadir berkata dalam pertemuan bersama Daim, pengurus dana itu telah memberikan taklimat mengenai kegiatan umum mereka dan pelaburan dalam pasaran saham.
Katanya mereka turut memaklumkan kepada bekas Menteri Kewangan itu mengenai apa yang mereka lakukan untuk memberi sumbangan dan perkhidmatan yang sebaiknya kepada rakyat khususnya apabila negara mempunyai kerajaan baharu.
Menurut Kadir, antara perkara yang Daim maklumkan kepada kepimpinan syarikat itu adalah kerajaan baharu mahu mereka beroperasi sebagai badan profesional tanpa gangguan politik.
Katanya mereka mempunyai kebebasan dan budi bicara untuk melakukan apa yang terbaik untuk syarikat mereka bagi memberi faedah kepada negara.
"Dulu pun begitu, semasa beliau (Daim) Menteri Kewangan, ahli-ahli profesional yang menguruskan syarikat kerajaan, diberi hak sepenuhnya untuk menguruskan syarikat dan pertubuhan masaing-masing, kerana mereka lebih tahu.
"Jadi, (Tun) Daim mahu kita balik ke zaman tu, cuma mereka harus faham dasar-dasar dan matlamat kerajaan baharu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 13 2018
Datuk A Kadir Jasin (empat, kiri) bergambar kenangan bersama Ketua-ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan Majlis Penasihat Kerajaan, 13 Mei, 2018. --fotoBERNAMA
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
UAE masih bergelut selepas ribut
Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih bergelut dalam proses pemulihan selepas dilanda ribut yang menyebabkan sebahagian besar aktiviti negara terhenti.
Dua kali tolak tawaran, suami isteri sabar menanti untuk ke Baitullah
Pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak sabar untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah bagi musim haji 1445H/2024M, lebih-lebih lagi apabila dua kali menolak tawaran diberikan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar.
'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.
Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.
Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.
Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.
Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.
Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.
Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya
Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.