Kerajaan perlu menyegerakan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi ketiga dalam masa terdekat bagi mengelakkan lebih banyak usahawan mikro gulung tikar.
Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata pelaksanaan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) yang diumumkan menerusi Pakej PRIHATIN PKS Tambahan juga perlu ditambah baik.
“Sekarang ini kita lihat terutamanya perniagaan mikro amat parah. Saya rasa nak sampai sambutan Hari Raya Aidilfitri pun tak sempat.
“Saya telah mendapat banyak maklum balas yang mereka ini amat memerlukan bantuan seperti makanan asas menjelang Hari Raya Aidilfitri.
“Jadi tidak usahlah kita tunggu sampai lepas Raya, mungkin polisi sebelum ini di bawah pakej rangsangan kedua boleh dipercepatkan terutamanya bantuan Skim Pinjaman Mikro Kredit kepada usahawa mikro melalui Bank Simpanan Nasional (BSN),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi indikasi bahawa Kerajaan bakal mengumumkan pelan pemulihan ekonomi terbaharu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitiri.
Ujarnya pelan berkenaan merupakan inisiatif penting bagi merancakkan semula ekonomi negara yang mungkin memakan masa sekurang-kurangnya dua ke tiga minggu selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
Chris pada masa sama berpandangan pakej rangsangan ekonomi ketiga itu juga akan membantu krisis aliran tunai yang semakin menyusut lantaran kuasa membeli yang semakin melemah.
“Apabila orang ramai tidak mempunyai aliran tunai yang kuat sebab majikan tidak boleh hendak bayar gaji mereka…sebab apa majikan tidak dapat bayar pekerja mereka?
“Sebab tidak dapat bantuan pinjaman daripada kerajaan. Jadi pasaran tiada aliran tunai.
“Dalam masa 6 bulan terdekat ini kita akan nampak keadaan yang hambar keadaan yang sukar dimana pihak PKS tidak dapat hendak tampung aliran tunai tersebut,” ujarnya.
Mengikut rekod, sehingga 29 April lalu, daripada RM700 juta kredit mikro yang ditawarkan pada kadar faedah 0 peratus oleh BSN dan TEKUN Nasional, sebanyak RM132 juta telah diluluskan.
Daripada jumlah ini, BSN telah meluluskan RM90 juta kepada 2,000 PKS mikro dan TEKUN telah meluluskan RM42 juta kepada 5,000 PKS mikro berbanding sekitar 90,000 usahawan yang berdaftar.
Harits Asyraf Hasnan
Wed May 13 2020
Chris (gambar) pada masa sama berpandangan pakej rangsangan ekonomi ketiga itu juga akan membantu krisis aliran tunai yang semakin menyusut lantaran kuasa membeli yang semakin melemah. - Gambar fail
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Percepat pakej rangsangan ekonomi ketiga, PKS mikro makin 'lumpuh'
Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata pelaksanaan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) yang diumumkan menerusi Pakej PRIHATIN PKS Tambahan juga perlu ditambah baik.