PUTRAJAYA: Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dijangka mula dilaksanakan pada tahun 2022, menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Dalam satu kenyataan hari ini,beliau berkata, langkah itu susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai, 2021, yang bersetuju supaya suri rumah diberikan perlindungan keselamatan sosial.
Katanya lagi, SKSSR menyediakan perlindungan terhadap bencana domestik seperti kemalangan, penyakit ataupun kematian, dan ia dibuka kepada semua suri rumah yang dianggarkan seramai 2.99 juta orang.
“Pelaksanaan SKSSR wajar dijadikan agenda keselamatan sosial sebagai penggantian produktiviti kepada golongan suri rumah yang tidak mempunyai apaapa perlindungan sekiranya mereka terlibat dalam bencana domestik ...
“.. atau mengalami keilatan yang mana sumbangan mereka mempunyai nilai ekonomi dalam pembangunan institusi kekeluargaan, ataupun the Care Economy,” katanya lagi.
Dengan pelaksanaan skim itu, Saravanan berkata, 150,000 suri rumah dari isi rumah miskin dan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK), akan dilindungi oleh Kerajaan, manakala bagi suri rumah yang lain, penyertaan adalah secara sukarela.
Buat masa ini, tambahnya lagi, draf Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah sedang diperhalusi bersama oleh KSM dan Jabatan Peguam Negara, sebelum mendapat kelulusan Jemaah Menteri, untuk pembentangan di Parlimen dalam masa terdekat.
“Perlindungan keselamatan sosial adalah perlu bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan suri rumah memandangkan fungsi dan tugas mereka amat penting dalam institusi kekeluargaan dan pembangunan negara.
“Apatah lagi dengan pandemik COVID-19 yang membuatkan peranan dan tanggungjawab mereka semakin mencabar dengan amalan norma baharu seperti Bekerja Dari Rumah (BDR) dan pelaksanaan pengajaran dan Pembelajaran Anak-anak di Rumah (PdPR),” katanya lagi.
Astro Awani
Mon Aug 09 2021
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai, 2021, yang bersetuju supaya suri rumah diberikan perlindungan keselamatan sosial. - Gambar fail
Najib masih di hospital, perbicaraan 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa libatkan dana 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept kerana beliau masih di hospital.
Pemuda Pas beri amaran turun ke jalanan jika sekat kebebasan bersuara
Pemuda Pas memberi amaran akan melakukan protes jalanan sekiranya kerajaan berterusan menghalang rakyat bersuara menyatakan kebenaran.
EPL: Noussair Mazraoui syukur mentalitinya sudah berubah
Perubahan mentaliti sangat penting bagi pemain baharu Manchester United, Noussair Mazraoui, yang mahu meningkatkan tahap permainannya.
Polis sah bekas pelumba negara Elly Idzlianizar maut akibat ditetak, ditikam
Polis mengesahkan Elly Idzlianizar Elias, 40, maut disebabkan kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam.
AWANI Ringkas: Ganja dalam kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gadis 19 tahun didakwa tekap sudu besi panas pada kanak-kanak di pusat jagaan
Seorang pembantu penjaga kanak-kanak di sebuah pusat jagaan didakwa melakukan penderaan fizikal terhadap empat kanak-kanak perempuan.
Anwar dijadual tiba di SICC petang ini, pengerusikan Mesyuarat MTPMA63
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah jam 2.30 petang ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
Yusoff Rawther akan buat permohonan benar ikat jamin - Peguam
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther akan membuat permohonan agar mahkamah membenarkannya dijamin selepas didakwa mengedar dadah jenis kanabis.
[TERKINI] Komited tangani pencuri, salah guna kuasa
Perdana Menteri menegaskan kerajaan komited dalam urusan undang-undang negara dan sesiapa sahaja mencuri duit atau salah guna kuasa wajar mendapat hukuman.
Kementerian Sumber Manusia teliti cadangan polisi kesihatan suara
Setakat ini tiada sebarang polisi atau skim perlindungan khusus bagi suara dan profesion yang melibatkan suara.
PERKESO laksana skim perlindungan suri rumah bermula 2022 - Saravanan
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai, 2021, yang bersetuju supaya suri rumah diberikan perlindungan keselamatan sosia
Skim perlindungan keselamatan sosial untuk rakyat Malaysia bekerja di Singapura bakal diperkenal
Hasil kajian melindungi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura oleh Perkeso dijangka siap pada April atau Mei ini.
5 sebab anda perlu dapatkan insurans sebelum cecah usia 35 tahun
Pelan dan pakej insurans adalah berbeza mengikut umur anda -- pada asasnya, jika anda lebih muda, anda akan mendapat tawaran yang lebih baik.
Persatuan Perubatan Malaysia sokong perlindungan untuk pengamal perubatan
MMA bersama JLT akan berusaha menentukan insuran perlindungan perubatan adalah yang termampu dan cukup inovatif bagi menangani cabaran tuntutan salah laku perubatan yang meningkat.
Skim insurans untuk pesawah terjejas bencana kini di peringkat akhir - Ahmad Shabery
Kajian mengenai skim insurans untuk membantu pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana alam kini di peringkat akhir, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.