Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.6 peratus pada 2012, menjadi antara negara dengan prestasi terbaik rantau ini walaupun dengan persekitaran luar yang tidak menentu.
Ekonomi Malaysia digambarkan dengan pertumbuhan yang menggalakkan, inflasi rendah, guna tenaga penuh, pelaburan yang semakin meningkat.
Program Transformasi Ekonomi (ETP) menunjukkan hasil positif dalam semua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).
Bantuan secara langsung seperti BR1M, Klinik 1Malaysia, baucar buku, infrastruktur dan Pusat Transformasi Luar Bandar telah membawa perkhidmatan yang perlu lebih dekat dengan rakyat.
Ia juga mendatangkan peningkatan hasil kepada pendapatan purata isi rumah yang meningkat kepada RM5,000 pada 2012 berbanding RM4,025 pada 2009.
Sepanjang tiga tahun lalu, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita juga meningkat 49 peratus.
Manfaat yang menyeluruh dan perniagaan dalam pelbagai sektor mendapat faedah daripada pelbagai inisiatif di bawah program transformasi.
Hampir setengah juta pekerjaan bergaji tinggi diwujudkan dalam masa dua tahun oleh pelabur, termasuk di pihak berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Bank dunia dalam laporannya meletakkan Malaysia sebagai nombor satu dalam mudah mendapat kredit dan keempat di peringkat global dalam perlindungan pelabur.
Pasaran saham juga meraih manfaat dengan permodalan pasaran yang meningkat daripada RM999 bilion pada 2009 kepada RM1.47 trilion pada 31 Disember, 2012, peningkatan kukuh sebanyak 47 peratus.
Institusi pelbagai hala seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), turut memuji Malaysia kerana pengurusan ekonomi berhemat.
Pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi untuk mengurangkan kesan krisis ekonomi global pada 2008, yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga menteri kewangan, melindungi ekonomi domestik daripada kesan luaran yang teruk.
Astro Awani
Fri Apr 05 2013
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Konsert K-Pop hari belia telah dibayar oleh kerajaan - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengakui bahawa konsert K-Pop yang diadakan pada sambutan Hari Belia Negara 2012 itu telah dibiayai oleh kerajaan.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia antara yang terbaik pada 2012
Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.6 peratus pada 2012, menjadi antara negara dengan prestasi terbaik rantau ini walaupun dengan persekitaran luar yang tidak menentu.
Keputusan STPM 2012 diumum Isnin 18 Mac
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin depan (18 Mac).
Rangkuman kes jenayah sepanjang 2012
Rangkuman kes jenayah sepanjang tahun 2012