KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih baik sebanyak 4.5 peratus tahun ini di walaupun di tengah-tengah cabaran ekonomi global, kata Hong Leong Bank Bhd (HLB).
Ketua Pasukan Pengurusan Kekayaan Serantau (Penyelidikan serta Nasihat Pelaburan) Ramone Mikgail Kok menjangkakan pertumbuhan itu akan didorong oleh peningkatan pelaburan langsung asing (FDI), pelancongan yang berkembang dan perbelanjaan infrastruktur yang lebih tinggi.
Beliau juga berkata sektor pelancongan akan melonjak secara beransur-ansur tahun ini kerana Malaysia telah membenarkan kemasukan tanpa visa kepada rakyat China, India dan beberapa negara di Timur Tengah mulai Disember tahun lepas, yang akan membantu mengurangkan kesan daripada eksport yang agak lemah.
"Ini sudah tentu akan membantu," katanya kepada pemberita selepas Simposium Kekayaan Hong Leong Bank di sini semalam.
Mengulas mengenai prestasi ringgit, mata wang tempatan itu dijangka stabil berbanding dolar US antara RM4.50 hingga RM4.55 menjelang akhir tahun, dipacu oleh prospek kelemahan dalam dolar US termasuk kitaran pemotongan kadar pada 2024 oleh Rizab Persekutuan (Fed).
Ketua dan Pakar Produk Kekayaan Jason Liew Yik Kee berkata ringgit yang lebih kukuh adalah sejajar dengan trend yang sama dalam kalangan mata wang serantau serta seiring dengan potensi kebangkitan ekonomi global kedua terbesar, China dan daya tarikan penilaian sahamnya pada 2024.
"Perkara utama ialah betapa agresif Fed akan mengurangkan kadar memandangkan pasaran menetapkan harga dalam enam kali pemotongan. Mata wang Asia juga akan meningkat berbanding dolar US kerana mereka (Fed) cuba menangani inflasi di Amerika Syarikat (AS). Jadi, mereka perlu menurunkan kadar.
"Kami mengekalkan pandangan kami ke arah pemotongan kadar AS menjelang pertengahan separuh kedua tahun ini dan pada masa yang sama pasaran akan menyaksikan kelemahan dolar US," katanya.
Serentak dengan itu, pertumbuhan di rantau Asia dijangka lebih baik berbanding AS kerana kuasa ekonomi itu sedang giat menurunkan pertumbuhannya.
Pada 6 petang Jumaat, ringgit dicatatkan lebih baik pada 4.7275/7325 berbanding dolar US.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar US antara RM4.50 dan RM4.55 menjelang akhir tahun, dipacu oleh prospek kelemahan dalam dolar US termasuk kitaran pemotongan kadar pada 2024 oleh Fed. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Trafik penumpang udara Malaysia naik kepada 15.3 juta pada Februari 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia meningkat 21.4 peratus kepada 15.3 juta pada Februari 2024 berbanding 12.6 juta penumpang dalam tempoh sama pada 2023.
Malaysia Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan
Malaysia Airlines dan Google bekerjasama untuk memacu peningkatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan peringkat teratas.
Perlumbaan perahu kolek di Sungai Golok, erat hubungan Malaysia -Thailand
Cuaca panas kesan fenomena El Nino tidak menghalang lebih 2,000 penduduk yang tinggal berhampiran sempadan Malaysia-Thailand datang menyaksikan perlumbaan perahu kolek yang diadakan di Sungai Golok.
Tourism Johor pantau projek pelancongan negeri
Tourism Johor akan memantau semua projek menambah baik infrastruktur pusat pelancongan menerusi peruntukan kerajaan negeri yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan.
Gangguan bekalan air di Pangkor pulih sepenuhnya, sedia terima pelancong - MB
Lembaga Air Perak (LAP) telah mengatasi masalah kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut yang disyaki antara punca gangguan bekalan air itu.
Thailand perkenal perlindungan insurans untuk galak sektor pelancongan
Jika berlaku kematian, kerajaan akan membayar pampasan sehingga 1 juta baht, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Thailand.
Konsert Coldplay: Kuala Lumpur rekod kehadiran tertinggi, perolehan RM52 juta
Konsert di Kuala Lumpur juga meraih kutipan AS$10,904,369, perolehan tiket kedua tertinggi bagi Coldplay, selepas GBK.
MICT dijangka siap 2026, tarik tambahan 15.8 juta pelancong menjelang 2036
MICT bernilai RM682 juta yang merupakan salah satu komponen utama di bawah projek Melaka Gateway di Pulau Melaka di sini, dijangka siap tahun 2026.
Orang ramai dipelawa sertai perarakan perpaduan di ibu kota
Perarakan itu adalah antara pengisian program Unity Parade Kuala Lumpur 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula 24 Feb.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih baik sebanyak 4.5 peratus tahun ini - HLB
Pertumbuhan itu dijangka didorong peningkatan FDI, pelancongan yang berkembang dan perbelanjaan infrastruktur yang lebih tinggi.