KUALA LUMPUR: Peruncit tempatan kembali sebagai pembeli bersih sekali lagi dengan merekodkan sejumlah RM135.1 juta untuk minggu berakhir 27 Mei berikutan jualan bersih oleh kedua-dua institusi tempatan dan pelabur asing, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research).
Dalam Laporan Aliran Dana mingguannya hari ini, firma penyelidikan itu berkata sebelum ini peruncit tempatan merupakan pembeli bersih tunggal untuk minggu berakhir 15 April 2022.
Ia berkata pelabur asing terus menjadi penjual bersih selepas menjadi pembeli bersih selama dua minggu dengan aliran keluar bersih sebanyak -RM83 juta, manakala institusi tempatan kekal sebagai penjual bersih untuk minggu ketiga berturut-turut, mencatatkan sejumlah -RM52.1 juta.
"Sehingga kini, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih selama 16 daripada 21 minggu tahun 2022, dengan jumlah aliran masuk bersih RM6.92 bilion. Mereka adalah penjual bersih pada hari Isnin dan Selasa dengan merekodkad sebanyak RM199 juta sebelum bertukar menjadi pembeli bersih bermula Rabu hingga Jumaat berjumlah RM116 juta," katanya.
Sementara itu, ia berkata institusi tempatan adalah penjual bersih sepanjang minggu kecuali pada hari Selasa, menyaksikan mereka membeli bernilai sehingga RM87.1 juta dan aliran keluar paling ketara dicatatkan mereka ialah pada hari Jumaat sebanyak -RM77.6 juta.
"Mereka telah menjadi penjual bersih selama 18 daripada 21 minggu tahun ini. Sehingga kini, mereka telah menjual -RM8.16 bilion ekuiti," katanya.
Menurut MIDF Research, peruncit tempatan merupakan pembeli bersih setiap hari dalam seminggu kecuali pada hari Rabu, menjual hanya -RM260,000 ekuiti sementara belian bersih paling kukuh direkodkan pada Selasa bernilai RM75.9 juta.
"Setakat tahun ini, peruncit tempatan telah menjadi pembeli bersih, mencatatkan RM1.24 bilion," katanya.
Dari segi penyertaan, ia berkata semua kelas pelabur menyaksikan penurunan untuk minggu itu.
"Pelabur asing menyaksikan penurunan purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak 19.7 peratus, manakala peruncit tempatan dan institusi tempatan mencatat penurunan masing-masing sebanyak -6.5 peratus dan -17.5 peratus dalam ADTV," tambahnya.
MIDF Research turut memaklumkan bahawa Sime Darby Plantation Bhd merekodkan aliran masuk wang bersih tertinggi iaitu RM2.68 juta minggu lepas manakala Dialog Group Bhd pula menyaksikan aliran keluar wang bersih terbesar sebanyak -RM6.44 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Peruncit tempatan merupakan pembeli bersih setiap hari dalam seminggu kecuali pada hari Rabu. - Foto fail/BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Peruncit tempatan beli RM143.1 juta ekuiti domestik minggu lepas - MIDF
Peruncit tempatan membeli ekuiti bernilai RM143.1 juta di Bursa Malaysia minggu lepas, menamatkan jualan bersih selama 11 minggu mereka.
Peruncit tempatan kembali sebagai pembeli bersih catat RM135.1 juta minggu lepas
Peruncit tempatan kembali sebagai pembeli bersih sekali lagi dengan merekodkan sejumlah RM135.1 juta untuk minggu berakhir 27 Mei berikutan jualan bersih oleh kedua-dua institusi tempatan dan pelabur