Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan komited dalam pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk menerusi peruntukan RM7.34 bilion bagi pelaksanaan sebanyak 152 program pembangunan PKS tahun ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga komited untuk memastikan kelancaran pelaksanaan Program Berimpak Tinggi di bawah Pelan Induk PKS 2012-2020.
Ini, tegasnya, adalah antara usaha kerajaan bagi memastikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) PKS yang diunjurkan sebanyak 5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini.
"Selain itu, pihak swasta pula menyediakan pelbagai saluran pembiayaan baharu seperti Pengumpulan Dana Masyarakat Berasaskan Ekuiti (ECF) dan Platform Akaun Pelaburan (IAP) yang menjadi pembiayaan alternatif untuk PKS," katanya berucap melancarkan Portal MalaysiaBiz di sini, hari ini.
Portal yang menyediakan maklumat pendaftaran dan lesen/permit perniagaan diperlukan PKS merentasi semua aktiviti ekonomi di Semenanjung Malaysia, juga bertujuan meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan di bawah Pelan Induk PKS.
Najib sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan Ke-20, yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim.
Perdana Menteri juga berkongsi hasil kaji selidik suku pertama 2016 SME Corp Malaysia yang menunjukkan perniagaan PKS masih berdaya tahan dan pertumbuhannya disokong oleh permintaan penggunaan swasta dan aktiviti pelancongan.
Menurutnya, kadar penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) oleh PKS turut meningkat sekitar 90 peratus berbanding 27 peratus pada tahun 2010.
Najib turut mengetengahkan dua pendekatan iaitu meningkatkan tahap produktiviti buruh negara dan inklusiviti bagi melonjakkan kedudukan PKS secara khusus dan negara secara amnya.
"Pertama, bagi meningkatkan tahap produktiviti buruh negara dalam Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu 3.7 peratus, PKS perlu lebih berinovasi dalam perniagaan mereka," katanya.
Sebagai contoh, katanya, sesebuah PKS yang memiliki kilang pengeluaran perlu memberi tumpuan kepada penggunaan mesin yang lebih cekap, tenaga buruh yang berkemahiran serta penggunaan ICT dalam perniagaan.
Aspek kedua pula merujuk kepada dasar-dasar inklusiviti kerajaan yang memberi limpahan aktiviti ekonomi kepada golongan-golongan sasar lain seperti B40 (isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) dengan meningkatkan kadar pendapatan mereka.
Selain itu, Perdana Menteri turut menggesa kalangan warga PKS untuk tampil bekerjasama dengan kerajaan bagi menjayakan agenda pembangunan PKS nasional.
Menurutnya, sejajar usaha meneruskan agenda mencapai status negara maju berpendapatan tinggi, beliau mahu melihat sumbangan PKS yang lebih ketara terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
"Menerusi cara ini, kerajaan dapat mengenal pasti lagi bentuk-bentuk bantuan yang dapat diberikan kepada PKS selain bantuan sedia ada seperti geran, insentif, bengkel, bantuan mudah cara dan lain-lain lagi," katanya.
Bernama
Thu Jun 23 2016
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kanan) disambut tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan sahabat di perkarangan Seri Perdana di Putrajaya, Khamis malam. - Gambar Bernama
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Peruntukan RM7.34 bilion laksana 152 program pembangunan PKS tahun ini - Najib
Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan komited dalam pembangunan perusahaan kecil dan sederhana, termasuk menerusi peruntukan RM7.34 bln bagi pelaksanaan sebanyak 152 program PKS tahun ini.