KUALA LUMPUR: Jenama perkakas rumah tempatan, PerySmith, memperkukuh usaha menembusi pasaran serantau menerusi pelancaran AirStick Pro, vakum tiub ultra-langsing pertama berjenama Malaysia.
AirStick Pro menerajui barisan produk berinspirasikan teknologi udara yang diperkenalkan pada pameran media sulung “Engineered by Air”, sekali gus memperluas ekosistem rumah pintar PerySmith merangkumi pembersihan, pengurusan kualiti udara dan peralatan dapur.
Ketua Pegawai Eksekutif PerySmith, Eric Lim berkata, pameran berkenaan menjadi detik penting yang melambangkan visi jangka panjang syarikat untuk terus berkembang sebagai jenama perkakas rumah serantau.
“Pelancaran media ini adalah yang pertama buat PerySmith. Ia membuktikan tekad kami untuk terus berkembang sebagai satu jenama. Kami ingin berbuat lebih dan menghasilkan produk yang bukan sahaja cantik direka dan berkualiti tinggi, yang kekal ekonomikal untuk dimiliki oleh setiap pengguna,” katanya.
Dengan berat hanya 900 gram, AirStick Pro menampilkan reka bentuk ergonomik ultranipis menyerupai pensel serta dikuasakan Nano Brushless Motor dengan kuasa sedutan sehingga 100 watt udara (AW).
Reka bentuknya membolehkan vakum dibaringkan rata bagi mencapai ruang di bawah perabot, manakala berus lantai antikusut membantu mengurangkan masalah rambut terbelit ketika digunakan.
AirStick Pro turut dilengkapi aksesori mop untuk menyedut dan mengemop secara serentak, teknologi dwifungsi vakum serta peniup dan bekas habuk yang boleh dikosongkan dengan satu klik.
Produk itu ditawarkan pada harga runcit disyorkan RM399 dalam pilihan merah, ungu, emas mawar, biru firus dan emas.
Selain AirStick Pro, PerySmith turut memperkenalkan EvoBot A11 Robot Vacuum yang menggunakan Ultra Core Intelligent Chipset dengan kuasa sedutan sehingga 10,000 pascal.
Dijual pada harga RM899, EvoBot A11 dilengkapi navigasi kecerdasan buatan (AI) TrueSight serta sistem pembersihan tiga dalam satu yang membolehkannya menyapu, menyedut dan mengemop secara serentak.
Turut ditawarkan pada harga RM899 ialah Ai23 Smart Steam Oven tiga dalam satu yang menggabungkan fungsi membakar, menggoreng tanpa minyak dan mengukus menggunakan teknologi pemanasan AI 3D Airflow.
Ketuhar pintar berkapasiti 23 liter itu menawarkan 50 menu diprogramkan AI, fungsi Steam Boost dan ciri pembersihan automatik menggunakan wap bagi memudahkan penyediaan makanan serta penyelenggaraan.
Bagi penjagaan pakaian, SteamPro G7 All-in-One berharga RM699 menggabungkan seterika wap bertekanan lapan bar dengan papan pelbagai sudut serta teknologi iPro Sense Anti-Burn.
Rangkaian itu turut merangkumi Ai13 Elite Smart WiFi Air Purifier berharga RM1,299 yang direka untuk ruang sehingga 1,600 kaki persegi dan menggunakan sistem penapisan H13 berasaskan Quantum Shield bagi menyingkirkan zarah sekecil 0.25 mikron.
EvoBot A11 dan Ai13 boleh dikawal melalui aplikasi PerySmith, membolehkan pengguna menetapkan jadual pembersihan, memantau kualiti udara dan mengurus fungsi peralatan dari mana-mana sahaja.
Sementara itu, DJ dan penghibur tempatan, Jack Lim yang juga pelanggan PerySmith berkata, lawatannya ke kemudahan pembuatan syarikat itu memberi peluang kepadanya melihat sendiri proses penghasilan setiap produk.
"Saya sendiri menyaksikan betapa telitinya proses pembuatan di sebalik produk-produk ini. Perhatian yang diberikan dalammenghasilkan setiap produk ini sungguh mengagumkan.
"Saya masih kagum bagaimana jenama ini konsisten menawarkan inovasi bertaraf tinggi pada harga yang mudah diakses oleh semua," jelasnya.
Ditubuhkan pada 2018 berteraskan prinsip “Permudahkan Kehidupan Anda”, PerySmith telah membangunkan hampir 200 produk dan kini mempunyai 11 kedai di Malaysia serta kehadiran di sembilan negara.
Syarikat yang diperakui ISO 9001:2015 itu memaklumkan semua produknya turut memperoleh pensijilan SIRIM sebagai sebahagian daripada komitmen menawarkan perkakas rumah berkualiti pada harga lebih mudah diakses.
Sempena pelancaran berkenaan, pengguna boleh menikmati baucar eksklusif dan diskaun menerusi kedai rasmi PerySmith di Shopee dan TikTok Shop dari 6 hingga 8 Ogos.
Rangkaian produk PerySmith turut boleh didapati di kedai rasminya, rakan peruncitan serta platform e-dagang, manakala maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi perysmith.com.my.