awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PetChem mampu rekod keuntungan terbaik tahun ini - HLIB

Dagang News
Dagang News
14/10/2021
22:50 MYT
PetChem mampu rekod keuntungan terbaik tahun ini - HLIB
HLIB Research menaik taraf saranan saham PetChem kepada 'Beli" pada harga sasaran yang lebih tinggi sebanyak RM10.65 berbanding RM8.75 sebelum ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menaik taraf saranan saham Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) kepada 'Beli" pada harga sasaran (TP) yang lebih tinggi sebanyak RM10.65 berbanding RM8.75 sebelum ini.
Firma penganalisis itu berkata, pihaknya turut menjangkakan pendapatan penghantaran yang lebih tinggi bagi PetChem pada separuh kedua tahun 2021 disokong oleh penyebaran produk yang kukuh untuk segmen olefin dan derivatif (O&D) yang dapat dilihat dari harga produk polietilena yang stabil (HDPE, LDPE dan LLDPE).
Selain itu kenaikan harga urea dan metanol, yang akan menyokong pendapatan dari segmen baja dan metanol (F&M) kumpulan juga mendorong prestasi memberangsangkan bagi PetChem.
HLIB berkata, PetChem juga berada di landasan yang betul untuk mencatat keuntungan tahunan terbaiknya pada tahun ini
"Dengan itu, kami menaiktaraf saranan saham PetChem menjadi 'beli' dengan TP yang lebih tinggi sebanyak RM10.65 (dari RM8.75 sebelumnya) kerana kami melihat bahawa PetChem berada di landasan yang betul untuk mencapai keuntungan tahunan terbaiknya pada tahun kewangan 2021," katanya dalam nota kajian di sini pada Khamis.
PetChem mencatatkan keuntungan bersih bernilai RM1.830 juta bagi suku kedua 2021, meningkat 31% suku ke suku.
Secara kumulatif, keuntungan bersih teras bagi separuh pertama tahun kewangan 2021 meningkat lebih daripada 4.5 kali ganda tahun ke tahun kepada RM3.2 bilion.
"Ia disumbangkan oleh penyebaran produk yang lebih baik, disokong oleh harga produk polietilena hiliran yang lebih tinggi sekali gus menjadikan perolehan dan keuntungan PetChem bagi separuh pertama 2021 masing-masing meningkat 46% dan 129% tahun ke tahun kepada RM5.9 bilion dan RM1.8 bilion bagi segmen O&D.
"Kenaikan harga urea dan metanol pada suku kedua 2021 turut menghasilkan pendapatan yang mengagumkan sebanyak RM3.8bn (+ 47% tahun ke tahun) dan keuntungan RM1.4bn (+ 159% tahun ke tahun) bagi separuh pertama tahun ini," katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#petchem
#HLIB Research
#Petronas Chemicals Group Bhd
#Hong Leong Investment Bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan