awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petron, WeChat jalin kerjasama bayaran tanpa tunai

Bernama
Bernama
29/11/2018
21:26 MYT
Petron, WeChat jalin kerjasama bayaran tanpa tunai
Petron mempunyai kira-kira 600 stesen di seluruh negara dan mensasarkan 90 peratus daripadanya boleh menggunakan aplikasi tersebut sebelum akhir tahun ini. - petron.com.my
Petron Malaysia mengumumkan kerjasama strategik dengan WeChat Pay Malaysia yang membolehkan pengguna membayar tanpa tunai menggunakan aplikasi e-wallet WeChat Pay Malaysia di hampir 200 stesen minyak Petron seluruh negara mulai Khamis.
E-wallet hanya memerlukan pengguna untuk menggunakan telefon semasa pembayaran, membolehkan pelanggan untuk membuat transaksi tanpa tunai dan kad.
Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, kemudahan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dan kolaborasi ini membolehkan pihaknya menawarkan pilihan pembayaran yang lebih meluas dan selamat untuk para pelanggan.
Jelasnya, sehingga kini, Petron mempunyai kira-kira 600 stesen di seluruh negara dan mensasarkan 90 peratus daripadanya boleh menggunakan aplikasi tersebut sebelum akhir tahun ini.
"Kami berharap lebih ramai pengguna berpeluang untuk menikmati pengalaman Fuel Happy Petron, sambil memperoleh ganjaran yang lebih memuaskan daripada penggunaan minyak Petron dan perkhidmatan yang telah kami lancarkan," katanya kepada media selepas majlis pelancaran kerjasama.
Timbalan Ketua Setiausaha Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Badrul Hisham Mohd berkata, inisiatif ini selari dengan dasar kerajaan ke arah pembangunan ekonomi digital.
"Negara sedang menuju ke arah ekonomi digital dan usaha ini tidak hanya memerlukan kemahiran dan pengetahuan tetapi juga komitmen sesebuah syarikat yang benar-benar mahu terlibat dalam ekonomi digital dan sekiranya ia tidak dilaksanakan maka negara akan ketinggalan dalam perniagaan arus perdana," katanya.
Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif WeChat Pay Malaysia, Jason Siew berkata, inisiatif ini seiring dengan strategi ke arah masyarakat tanpa tunai sambil memanfaatkan peningkatan penggunaan e-dagang dan kecekapan sistem pembayaran Malaysia dengan pembayaran elektronik.
"Kerjasama strategik dengan Petron ini akan terus menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di Malaysia," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#e-wallet
#petron
#stesen minyak
#WeChat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan