awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas Dagangan pasang lebih banyak hab pengecasan EV di stesen minyak

Bernama
Bernama
05/10/2023
20:45 MYT
Petronas Dagangan pasang lebih banyak hab pengecasan EV di stesen minyak
Petronas Dagangan akan melihat keseimbangan antara pengecasan di tiga premis bersama bilangan EV di Malaysia untuk melengkapkan lebih banyak hab pengecasan EV di stesen minyak. - Foto Facebook Petronas
KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB) mengulangi komitmennya untuk memasang lebih banyak hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) di stesen minyaknya di seluruh negara, dengan bilangannya bergantung kepada permintaan dan bilangan EV di jalan raya sepanjang tahun.
Ketua Pegawai Operasinya Khalil Muri berkata sehingga kini terdapat 25 hab pengecasan EV di stesen minyaknya, terutamanya di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Utara-Selatan.
"Kebanyakan pemilik EV akan mengecas kereta mereka di rumah dan hanya menggunakan hab pengecasan di stesen minyak atau pusat beli-belah untuk pemanduan jarak jauh.
"Jadi kami akan melihat keseimbangan antara pengecasan di tiga premis bersama bilangan EV di Malaysia untuk melengkapkan lebih banyak hab pengecasan EV di stesen minyak," katanya selepas melancarkan Program Kesetiaan Ganjaran Mesra Tanpa Kad Baharu di sini semalam.
Petronas Dagangan melancarkan program kesetiaan Ganjaran Mesra tanpa kad baharunya semalam, yang menawarkan lebih kemudahan kepada pelanggan untuk memperoleh sehingga tiga kali mata Mesra, termasuk penebusan bahan api percuma dan banyak lagi ganjaran menarik.
Khalil berkata pelanggan kini boleh memperoleh dan menebus mata Mesra dengan mudah di hujung jari dengan hanya memasukkan nombor telefon bimbit mereka di pam minyak sebelum mengisi minyak atau membuat pembelian di Kedai Mesra.
Pelanggan yang telah memuat turun dan mendaftar aplikasi Setel juga boleh memperoleh mata Mesra untuk pembelian Kedai Mesra mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PETRONAS DAGANGAN
#hab pengecasan EV
#stesen minyak
#Ganjaran Mesra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan