KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd (PGB) menghadapi cabaran ketidaktentuan dalam kos material dan perbelanjaan operasi pada 2023, dipengaruhi beberapa faktor seperti ketidakstabilan geopolitik, inflasi yang meningkat dan ringgit yang menyusut.
Pengerusi Adnan Zainol Abidin berkata harga gas yang tinggi, dicetuskan oleh konflik berterusan di Eropah Timur dan Asia Barat antara faktor yang meningkatkan kos penggunaan gas dalaman dalam semua segmen perniagaan syarikat.
Ia dapat dilihat terutamanya dalam segmen utiliti, berikutan penggunaan tenaga merupakan perbelanjaan yang utama, katanya.
"Segmen regasifikasi dan pengangkutan kami terdedah terutamanya kepada turun naik mata wang, disebabkan oleh beberapa obligasi kontrak jangka panjang dalam denominasi dolar Amerika Syarikat (AS) dan kos bahan import yang lebih tinggi," kata Adnan dalam laporan integrasi PGB 2023 yang dikeluarkan hari ini.
Di samping itu, pemain industri juga harus mematuhi peraturan yang semakin ketat dan jangkaan pihak berkepentingan berkaitan isu kemampanan dan iklim, dengan kebanyakan pemegang saham institusi utama menganalisis dengan teliti inisiatif kemampanan bagi memastikan parameter pelaburan mampan mereka dipenuhi, katanya.
Bagi menghadapi cabaran ini, pihaknya memfokuskan usaha mengoptimumkan kos dan kecekapan operasi, yang disokong oleh pengenalan sasaran penyelesaian digital.
"Kami berjaya mengurangkan persekitaran kos tinggi tahun ini, memberikan prestasi kewangan yang berdaya tahan bagi memastikan kami berada dalam kedudukan yang kukuh untuk masa depan," kata Adnan.
Pada masa yang sama, Adnan berkata syarikat itu menavigasi persekitaran kemampanan yang berkembang dengan cekap ke arah pelepasan karbon sifar bersih.
Ini akan menggerakkan kedudukan syarikat sebagai pemacu utama peralihan tenaga negara melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang dilancarkan pada Ogos 2023, katanya.
Sebagai penyumbang kepada projek pemangkin pelan hala tuju itu, PGB kini berpeluang untuk meraih cadangan nilai baharu dalam tenaga boleh baharu (TBB) dan ruang pengurangan karbon, menghijaukan portfolionya untuk penciptaan nilai jangka panjang, kata Adnan.
Melangkah ke hadapan, Adnan berkata tumpuan PGB kini adalah untuk meningkatkan prestasinya berbanding agenda strategik, di samping mengekalkan momentum yang telah dicipta dalam menghijaukan portfolionya.
"Kami telah mengenal pasti sasaran dan matlamat khusus dalam tonggak Pertumbuhan, Kecemerlangan Operasi, Kecemerlangan Komersial dan Kecemerlangan Projek, dikenali sebagai G5dot5.
"Ia yang akan membimbing kami membina PGB yang lebih kukuh dan berdaya tahan dalam beberapa tahun ke hadapan dan ke arah mencapai agenda pada 2023," katanya.
Syarikat itu percaya bahawa gas asli mempunyai peranan penting dalam peralihan tenaga di rantau ASEAN, walaupun ia melabur dalam TBB.
Gas asli akan menjadi bahan api peralihan yang penting untuk dekad akan datang apabila negara melabur secara beransur-ansur dalam membina infrastruktur yang diperlukan untuk menggunakan TBB pada skala besar, katanya.
"Dengan liberalisasi pasaran tenaga serantau, PGB mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada ASEAN sebagai penyedia perkhidmatan infrastruktur gas asli, manakala Malaysia menjadi hab gas di rantau ini.
"Kami terus berharap agar Malaysia terus bergerak ke arah ekosistem yang kondusif untuk menyokong aspirasi ini," kata Adnan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Adnan berkata harga gas yang tinggi, dicetuskan oleh konflik berterusan di Eropah Timur dan Asia Barat antara faktor yang meningkatkan kos penggunaan gas dalaman dalam semua segmen perniagaan syarikat.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Petronas Free Market sasar bantu golongan B40
Kira-kira 500 keluarga di sekitar kawasan Damansara Damai diberi peluang membawa balik pelbagai barangan pre-loved secara percuma.