awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak

Bernama
Bernama
03/02/2025
21:15 MYT
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Pada 29 Januari lepas, Petronas mengumumkan bahawa ia sedang mengkaji aktiviti penyahtauliahan aset matang dalam operasi huluan negara termasuk SSGP.
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjelaskan bahawa pemberhentian operasi Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) hanya akan melibatkan bahagian yang melalui Lawas, Limbang, Miri dan Bintulu di Sarawak.
Petronas berkata dalam satu kenyataan semalam, baki bahagian SSGP akan terus beroperasi seperti biasa dan keputusan itu dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Ia menekankan bahawa kajian semula ini mengambil kira cabaran berterusan yang ditimbulkan oleh faktor persekitaran yang menjadi semakin teruk, ia berlaku sejak beberapa tahun lepas dan memberi kesan kepada integriti dan keselamatan kawasan sekitar.
Petronas berkata ia memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa pemberhentian separa itu tidak akan menjejaskan komitmennya untuk memastikan bekalan tenaga yang boleh dipercayai dan memenuhi obligasi kontraknya.
"Petronas kekal komited untuk melabur di Sabah dan Sarawak menerusi pembangunan projek berkaitan minyak, gas dan tenaga tambah nilai di kedua-dua negeri itu," katanya.
Pada 29 Januari lepas, syarikat minyak dan gas negara itu mengumumkan bahawa ia sedang mengkaji aktiviti penyahtauliahan aset matang dalam operasi huluan negara termasuk SSGP.
Dalam laporan Prospek Aktiviti untuk 2025-2027, syarikat minyak nasional itu berkata proses itu juga melibatkan penilaian aset yang tidak digunakan untuk potensi guna semula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemberhentian operasi
#Sabah dan Sarawak
#SSGP
#Petronas
#penyahtauliahan aset matang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan