KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Malayan Banking Bhd (Maybank) ialah jenama Malaysia yang paling bernilai dari segi persepsi kemampanan, menurut laporan sulung Sustainability Perceptions Index 2023 oleh Brand Finance.
Petronas juga menduduki tempat pertama dalam kalangan jenama Asean yang ada dalam senarai termasuklah jenama isi rumah seperti Viettel, DBS Bank, PTT dan Telkom Indonesia.
Penyelidikan oleh Brand Finance itu menunjukkan bahawa Petronas mencatat markah yang tinggi dalam tonggak Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang berkaitan dengan komitmen untuk melindungi alam sekitar semula jadi, serta menyokong komuniti dan masyarakat yang lebih luas -- dicerminkan dalam perjalanan kemampanan jenama itu sepanjang dua dekad yang lalu termasuk penerokaannya ke dalam tenaga yang lebih bersih dan boleh diperbaharui.
Sementara itu, tumpuan Maybank untuk menegakkan amalan ESG yang baik seperti mempromosikan kewangan mampan menghasilkan persembahan yang mengagumkan sebagai jenama "diurus secara profesional, beretika dan bertanggungjawab" dalam tonggak tadbir urus.
Pengarah Urusan Brand Finance Asia Pasifik Alex Haigh berkata kemampanan adalah trend terkini tetapi ia berkembang pesat untuk jenama di Malaysia dan di rantau yang lebih luas.
Sehubungan itu, adalah penting bagi jenama terbesar dan paling terkenal di negara ini mengambil peranan utama dalam memacu tindakan untuk seluruh industri dan bersikap menyokong.
"Petronas dan Maybank berada dalam kedudukan optimum untuk melakukan ini melalui aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan selaras dengan agenda kemampanan Malaysia. Penyelidikan kami menyokong usaha ini dalam mendapati bukan sahaja perhatian yang besar terhadap mereka tetapi ia juga menjana nilai yang signifikan untuk kedua-dua jenama itu," katanya.
Kajian yang pertama kali seumpamanya, laporan tersebut dikeluarkan di Davos semasa Forum Ekonomi Dunia, bersama-sama dengan Persatuan Pengiklanan Antarabangsa.
Ia mendedahkan nilai kewangan persepsi kemampanan jenama terbesar di dunia dan menyenaraikan 500 jenama paling berharga di dunia dari segi nilai persepsi kemampanan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
Penting bagi jenama terbesar dan terkenal di negara ini mengambil peranan utama dalam memacu tindakan untuk seluruh industri dan bersikap menyokong.
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.
Membina kerjaya di Petronas: Dari luar pesisir Kerteh ke persada dunia
Peluang menimba ilmu yang diberikan oleh Petronas berjaya melahirkan ramai pekerja mahir bertaraf antarabangsa, sekali gus menguntungkan negara dari segi pembangunan modal insan.