awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas menang bidaan bagi blok Ketapang Utara, Indonesia

Dagang News
Dagang News
19/03/2022
00:15 MYT
Petronas menang bidaan bagi blok Ketapang Utara, Indonesia
Petronas menerusi unitnya, PC Ketapang II Ltd, memenangi blok Ketapang Utara, yang terletak di pesisir pantai dan luar pesisir Jawa Timur. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Petronas menerusi unitnya, PC Ketapang II Ltd, memenangi blok Ketapang Utara, yang terletak di pesisir pantai dan luar pesisir Jawa Timur.
Keputusan pusingan kedua Pusingan Bidaan Petroleum Indonesia 2021 itu diumumkan Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia pada Jumaat, menurut Petronas dalam kenyataannya.
Berikutan kejayaan bidaan itu, Petronas akan mengendalikan dan memegang 100% ekuiti dalam blok berkeluasan 3,131.8 kilometer persegi dengan kedalaman sehingga 100 meter di bawah paras laut.
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Adif Zulkifli merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Indonesia atas kejayaan pusingan bidaan tersebut memandangkan blok tersebut terletak bersebelahan di mana penemuan menggalakkan dilaksanakan tahun lalu.
Katanya, dengan sokongan Kerajaan Indonesia, Petronas akan terus mengukuhkan penerokaan huluan bagi menambah nilai dalam pembangunan industri tenaga di negara tersebut.
"Sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian yang progresif, Petronas komited untuk menyampaikan bekalan tenaga yang selamat dan boleh dipercayai ke Indonesia," katanya.
Petronas juga merupakan operator bagi Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Ketapang dan Madura Utara II di luar pesisir Jawa Timur.
Syarikat minyak dan gas negara itu juga adalah rakan kongsi usaha sama dalam 6 PSC yang terletak di pesisir pantai dan luar pesisir Sumatra, Laut Natuna, Jawa Timur dan Indonesia Timur. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Petronas
#PC Ketapang II Ltd
#Pusingan Bidaan Petroleum Indonesia 2021
#Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan