KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) untuk sembilan blok penerokaan di bawah Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2022 dengan pelaburan berjumlah RM1.7 bilion dalam modal penggerudian penerokaan, terutamanya di kawasan laut dalam dan formasi yang kurang diterokai.
Rakan PSC untuk sembilan blok penerokaan termasuklah Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) dan E&P Malaysia Venture Sdn Bhd (EPMV) untuk Blok PM327; Skye UMDP Exploration Bhd dan PCSB untuk Blok PM340; PCSB, PTTEP Sarawak Oil Limited dan Petroleum Sarawak EP (PSEP) untuk Blok SK325; dan Sarawak Shell Bhd, PCSB dan PSEP untuk Blok 3B.
"Penandatanganan PSC bagi penerokaan hari ini dan tiga kluster peluang sumber ditemui (DRO) yang ditandatangani PSC bulan lepas mewakili jumlah tertinggi PSC yang dianugerahkan di Malaysia dalam tempoh setahun sejak 2010.
"Yang pertama daripada sembilan PSC yang ditandatangani hari ini juga menandakan PSC ke-200 yang dianugerahkan oleh Petronas sejak PSC sulung ditandatangani pada 1976," kata Naib Presiden Kanan, Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas, Mohamed Firouz Asnan dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, syarikat itu berharap dapat bekerjasama rapat dengan rakan PSC yang baru ditandatangani dalam menemui molekul baharu supaya dapat bersama-sama berkembang dan mencipta nilai secara mampan.
Menurut Petronas, penganugerahan sembilan blok ini juga telah mengurangkan kira-kira satu pertiga jumlah blok terbuka Malaysia, sejajar dengan usaha MPM untuk meningkatkan pelaburan dalam cari gali di negara ini.
Ia berkata, PSC ditandatangani oleh Mohamed Firouz, sambil disaksikan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Datuk Adif Zulkifli.
Sementara itu, Petronas berkata ia juga telah melancarkan MBR 2023, yang menawarkan 10 blok penerokaan yang terletak dalam pengeluaran di lembangan Melayu, Sabah dan Sarawak serta lembangan Penyu yang baru dibuka dan dua kluster DRO.
Ia berkata blok-blok ini meliputi pelbagai tetapan geologi dengan prospek yang besar untuk diterokai, memberikan peluang kepada pelabur yang mencari "Tenaga Berfaedah" yang mana ia merupakan kos rendah dan tenaga karbon rendah.
Petronas berkata dua kluster DRO yang ditawarkan ialah Chenang di luar pantai Semenanjung Malaysia dan Bambazon di luar pantai Sabah.
Ia berkata ini adalah kluster air cetek yang terletak berhampiran dengan hab pengeluaran sedia ada yang akan membolehkan pengewangan dengan cepat.
Mohamed Firouz berkata, Petronas terus membentuk strategi penerokaan dan pembangunan untuk membuka potensi penuh penerokaan dan pengeluaran di Malaysia dengan mempromosikan pelaburan dalam kawasan tumpuan bagi menyampaikan "Tenaga Berfaedah" yang diperlukan oleh pelanggannya.
"Kami akan terus menyediakan peluang kepada syarikat yang mempunyai keupayaan tersendiri, peluang yang disertakan dengan syarat fiskal yang betul untuk memaksimumkan pulangan pemegang saham bagi pihak berkuasa dan pelabur," tambahnya.
Bertemakan "Winning the Energy Transition with our Advantaged Energy", MBR 2023 menyaksikan penyertaan lebih 50 syarikat minyak dan gas serta agensi-agensi kerajaan, atase perdagangan asing dan perunding pasaran tenaga.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Petronas menandatangani PSC untuk sembilan blok penerokaan di bawah Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2022 dengan pelaburan berjumlah RM1.7 bilion.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.