awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Malaysia kekalkan unjuran pertumbuhan KDNK - Tengku Zafrul

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2021
05:30 MYT
PKP 2.0: Malaysia kekalkan unjuran pertumbuhan KDNK - Tengku Zafrul
Jelas Tengku Zafrul, kerugian ekonomi harian ketika PKP 2.0 juga dijangka lebih rendah berbanding PKP 1.0 pada Mac tahun lalu, iaitu sekitar RM700 juta sehari. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Malaysia mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.5 peratus dan 7.5 peratus bagi 2021.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam temu bual bersama Bloomberg berkata, sasaran itu masih sama walaupun negara melaksanakan Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
"Ia masih awal dan kita baru berada pada suku pertama tahun ini. Jadi, kami mengekalkan (sasaran KDNK) tetapi jangkaan kami berada pada risiko dengan (pelaksanaan) PKP.
"Ia (KDNK) akan menjadi sasaran terakhir kami," katanya dalam temu bual bersama stesen televisyen tersebut, hari ini.
Jelas Tengku Zafrul, kerugian ekonomi harian ketika PKP 2.0 juga dijangka lebih rendah berbanding PKP 1.0 pada Mac tahun lalu, iaitu sekitar RM700 juta sehari.
Katanya lagi, unjuran pertumbuhan 2021 juga disokong dengan baik oleh pakej rangsangan yang sedang dilaksanakan kerajaan termasuk, Pakej Bantuan Ekonomi dan Perlindungan Rakyat Malaysia (PERMAI) baru-baru ini.
Buletin AWANI Khas: PKP 2.0 | Pakej Bantuan Khas
Topic Berkaitan
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#KDNK
#perintah kawalan pergerakan
#rakyat Malaysia
#PKP
#Menteri Kewangan
#Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Tengku Zafrul
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan