awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKS perlu tingkatkan kualiti produk untuk tembus pasaran antarabangsa - PM Najib

Hilal Azmi
Hilal Azmi
16/11/2017
10:55 MYT
PKS perlu tingkatkan kualiti produk untuk tembus pasaran antarabangsa - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Sambutan Ulang Tahun Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) Ke-20 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. - Foto BERNAMA
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meningkatkan kualiti produk serta produktiviti bagi menembusi pasaran global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, hal ini amat penting memandangkan kerajaan telah menyediakan ekosistem yang cukup lengkap bagi mencapai sasaran 41 peratus sumbangan industri itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020.
Katanya, peruntukan besar dalam Bajet 2018 yang menelan belanja RM22 billion wajar dimanfaatkan sebaiknya.
"Saya mahu PKS untuk gunakan dana ini bagi tujuan pengembangan, 'startup', eksport dan automasi bagi persediaan menghadapi revolusi industri 4.0.
"Saya harap komuniti PKS memanfaatkan sebaiknya peluang ini serta mengubah gerak kerja sebaiknya," katanya ketika menjawab soalan pada sesi sembang santai sempena pelancaran Pameran Tahunan PKS (SMIDEX) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Tambah beliau, pembinaan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) menjadi platform penting sebagai pemacu utama membawa produk PKS tempatan ke pasaran antarabangsa.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad, manakala Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim bertindak sebagai moderator.
Topic Berkaitan
#Bajet 2018
#Hafsah Hashim
#KDNK
#MITEC
#Mustapa Mohamad
#Najib Razak
#Pameran Tahunan PKS
#Perdana Menteri
#PKS
#SMIDEX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan