Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan ia sama sekali tidak akan membenarkan sebarang kompromi membabitkan kepentingan pencarumnya semasa proses penstrukturan semula PLUS Malaysia Bhd.

Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata perbincangan sedang dilaksanakan dan membuahkan hala tuju positif.

"Berita baiknya adalah perbincangan sedang dijalankan, hala tuju positif berlaku, kita seharusnya melihat kepada resolusi akhir dan pemuktamadan, dalam jangka terdekat ia akan memberi kesan kepada caruman?

"Jadi, seperti yang saya katakan, apa jua keputusan yang kami setuju, kami akan memastikan hak-hak ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dipertahankan pada setiap masa, kami tidak akan berkompromi mengenainya," katanya dalam temu bual bersama saluran televisyen swasta pada Sabtu.

Kerajaan sebelum ini bersetuju menstrukturkan semula PLUS dengan kadar tol dikurangkan 18 peratus.

Khazanah Nasional memegang 51 kepentingan PLUS manakala baki 49 peratus lagi dimiliki KWSP.

-- BERNAMA