awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM harap perjanjian usaha sama DRB-HICOM, Geely dapat bantu tenaga kerja, perniagaan tempatan

Bernama
Bernama
11/12/2023
12:19 MYT
PM harap perjanjian usaha sama DRB-HICOM, Geely dapat bantu tenaga kerja, perniagaan tempatan
DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan AHTV di Tanjong Malim, Perak, dengan pemeteraian perjanjian usaha sama antara kedua-dua syarikat itu. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim, Perak, dengan pemeteraian perjanjian usaha sama antara kedua-dua syarikat itu.
Ini adalah susulan daripada Perjanjian Kerjasama Utama yang ditandatangani pada Oktober 2023 yang telah menetapkan prinsip asas, rangka kerja tadbir urus dan komitmen bersama untuk projek AHTV.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian tersebut hari ini berkata kerajaan turut komited untuk memberi dukungan berkaitan dan yang diperlukan kepada pembangunan AHTV yang sedang giat diusahakan oleh Geely holding dan DRB-HICOM.
"Saya tekankan supaya pelaburan yang dibuat di Malaysia perlu memberi manfaat kepada bakat (tenaga kerja) dan perniagaan tempatan," katanya menerusi ciapan beliau di laman sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Anwar berkata, Geely Holding berkongsi bahawa antara tarikan yang mendorong mereka untuk membawa pelaburan ke negara ini adalah hasil daripada manfaat hubungan perdagangan Malaysia dan negara seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah selain daripada pemilikan kepentingan dalam Proton.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB HICOM Tan Sri Syed Faisal Albar menandatangani perjanjian tersebut sebagai mewakili kumpulan manakala Geely Holding diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Li. Turut hadir ialah Eric Li, Pengerusi Geely Holding dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Perjanjian usaha sama tersebut menggariskan prinsip utama bagi kerjasama strategik, penyelarasan objektif usaha sama dan syarat-syarat perkongsian, kata DRB-HICOM dalam satu kenyataan hari ini.
Sebuah syarikat usaha sama akan seterusnya memanfaatkan kekuatan dan kepakaran DRB-HICOM dan Geely Holding dalam membangunkan AHTV sebagai hab antarabangsa kenderaan generasi seterusnya di Malaysia.
AHTV akan meliputi penyelesaian automotif dan mobiliti yang luas dan merangkumi seluruh rantaian nilai, daripada pusat penyelidikan dan pembangunan global berteknologi tinggi sepenuhnya, sehingga kepada pengeluar peralatan asal automotif bertaraf dunia dan kluster pembuatan.
Selain itu, AHTV juga akan menyokong perkhidmatan dalam ekosistem yang berkaitan, seperti logistik, latihan dan institusi pembelajaran dalam bandar pintar untuk industri automotif, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perjanjian usaha sama
#DRB-Hicom
#Geely
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan