awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PNB umum peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Ahmad Zulqarnain

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2024
08:57 MYT
PNB umum peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Ahmad Zulqarnain
Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Zulqarnain Onn. - Foto PNB
KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Zulqarnain Onn.
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, PNB memaklumkan peletakan jawatan itu akan berkuatkuasa pada 16 Februari depan.
Menurut kenyataan itu lagi, Ahmad Zulqarnain selepas ini akan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas tiga tahun berkhidmat dengan PNB.
Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, sepanjang perkhidmatannya, beliau memainkan peranan penting dalam memajukan mandat PNB, mencatat pencapaian penting perniagaan dan dalam memupuk inovasi.
“Beliau amat berdedikasi dalam mengukuhkan kepercayaan negara terhadap PNB dan memperbaharui matlamat menyeluruh organisasi: Untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.
“Bagi pihak Lembaga Pengarah, pengurusan dan kakitangan di PNB, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Zulqarnain atas sumbangannya yang tidak ternilai kepada PNB, ASNB dan Kumpulan syarikat PNB sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sini,” katanya.
PNB turut memaklumkan pengumuman Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan baharu untuk kumpulan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#PNB
#KWSP
#letak jawatan
#Ahmad Zulqarnain Onn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan