PUTRAJAYA: Sehingga Jun tahun ini, paras hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat kepada 61.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan hutang statutori mencatat 56.8 peratus, iaitu masih di bawah had statutori 60 peratus, kata Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.
Bagaimanapun, MOF berkata, dengan semakan semula prospek pertumbuhan dan sasaran fiskal selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), kerajaan perlu memastikan ruang fiskal yang mencukupi dalam mendepani krisis pandemik.
Oleh itu, tambah MOF lagi, terdapat keperluan untuk meningkatkan had statutori hutang bagi menyediakan ruang fiskal tambahan dalam mengukuhkan ekonomi domestik dan memastikan pemulihan yang mampan.
“Kerajaan akan terus memberi keutamaan dalam menyediakan sokongan fiskal di samping mengimbangi kesan krisis yang berpanjangan kepada sistem kesihatan dan ekonomi terhadap generasi akan datang.
“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pembaharuan fiskal akan terus dilaksanakan untuk memastikan kemampanan fiskal,” menurut kementerian itu menerusi Kenyataan Pra-Bajet (KPB) yang dikeluarkan hari ini.
Terdahulu, MOF berkata, penerbitan KPB merupakan salah satu usaha penambahbaikan proses penyediaan bajet tahunan.
MOF berkata, langkah itu bertepatan dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa, iaitu KPB diterbitkan bagi meningkatkan ketelusan dalam proses merangka inisiatif bajet tahunan.
“Ketelusan dan penglibatan menyeluruh rakyat dalam penyediaan bajet tahunan merupakan antara prinsip asas bagi tadbir urus sesebuah negara yang dapat meningkatkan keyakinan awam terutamanya dalam kalangan pelabur,” kata MOF lagi.
Mengulas lanjut mengenai situasi fiskal negara, MOF berkata, kerajaan telah menyasarkan defisit fiskal sebanyak 5.4 peratus kepada KDNK bagi 2021 semasa Belanjawan 2021.
Menurut kementerian itu, sasaran itu berdasarkan andaian pemulihan ekonomi yang stabil dan momentum pertumbuhan yang memberangsangkan pada separuh kedua 2020 dan berterusan sehingga 2021.
Dengan pembukaan ekonomi yang secara berfasa diikuti perbelanjaan fiskal yang berterusan, kementerian itu berkata, sasaran defisit dianggarkan meningkat kepada 6.5 peratus hingga 7.0 peratus kepada KDNK pada 2021.
“Operasi fiskal telah dan akan disokong melalui rasionalisasi perbelanjaan dengan mengutamakan pakej bantuan tambahan bagi memperkukuh sektor kesihatan dan ekonomi.
“Langkah ini termasuk menangguhkan pelaksanaan beberapa program dan projek, menyekat perbelanjaan yang tidak kritikal berikutan pelaksanaan PKP dan mengoptimumkan operasi di bawah norma baharu untuk meningkatkan kecekapan perbelanjaan.
“Selain itu, kekurangan hasil dijangka dapat diimbangi oleh kutipan lebih baik daripada hasil berkaitan komoditi berikutan harga minyak mentah dan sawit yang lebih tinggi," kata kementerian itu.
MOF berkata, kerajaan juga telah memanfaatkan sebahagian daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk menyegerakan pelaksanaan program vaksinasi bagi mencapai imuniti kelompok yang seterusnya akan mendorong pemulihan ekonomi lebih pantas.
Langkah sokongan menerusi pelbagai instrumen fiskal, menurut MOF lagi, akan turut membantu kerajaan dalam menyeimbangkan antara keperluan perbelanjaan dan kemampanan fiskal.
Firdaus Azil
Tue Aug 31 2021
MOF berkata, keperluan meningkatkan had statutori hutang perlu bagi ruang fiskal tambahan dalam mengukuhkan ekonomi domestik dan pemulihan mampan. - Gambar hiasan
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
IDEAS alu-alukan Kenyataan Pra-Bajet 2023, saran penglibatan kumpulan pemegang taruh bersasar
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan penerbitan Kenyataan Pra-Bajet 2023 pada 3 Jun lepas berikutan ia merupakan instrumen penting kepada ketelusan fiskal dan tadbir urus.
Pra-Bajet 2022: Had statutori hutang mungkin ditingkat, sediakan ruang fiskal tambahan - MOF
MOF berkata, keperluan meningkatkan had statutori hutang perlu bagi ruang fiskal tambahan dalam mengukuhkan ekonomi domestik dan pemulihan mampan.
Bajet 2022: Tiga matlamat utama khusus untuk pulihkan negara - Tengku Zafrul
Matlamat itu adalah - melindungi, memulihkan kehidupan serta mata pencarian; membina semula daya ketahanan negara; memangkin pembaharuan.