Produk agro makanan Malaysia berpotensi besar di pasaran Netherlands, kata Duta Besar Malaysia di Netherlands Datuk Ahmad Nazri Yusof.
Beliau berkata walaupun keluaran pertanian negara hampir sama dengan negara Asia lain, produk Malaysia mempunyai keunikan tersendiri dari segi rasa dan kualiti, hasil daripada kepelbagaian etnik dan budaya.
"Mereka (warga Netherlands) suka produk makanan kita. Pada 2015, nilai eksport produk agro makanan Malaysia ke Netherlands berjumlah RM1.66 bilion, meningkat berbanding RM1.38 bilion pada tahun sebelumnya," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau ditemui semasa program promosi produk pertanian Malaysia, 'Minggu Malaysia' anjuran Pejabat Perwakilan Pertanian The Hague, di pasar raya Wah Nam Hong di Markthal Rotterdam, pada Sabtu.
"Saya berkeyakinan kita boleh melakukannya dengan lebih baik lagi dengan meningkatkan kualiti dan bekalan produk yang konsisten," katanya.
Eksport utama agro makanan Malaysia ke Netherlands terdiri daripada produk proses, koko, kopi, teh, rempah serta produk perikanan, dan mengimport RM8.38 bilion produk agro makanan terutama produk proses, sayur-sayuran dan produk tenusu dari Netherlands.
Beliau berkata bagi meningkatkan eksport produk agro makanan negara, bekalan yang konsisten amat penting untuk mengekalkan reputasi dalam sektor yang amat kompetitif selain menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi.
Pengeksport Malaysia juga boleh mengambil kesempatan dengan memperkenalkan buah-buahan eksotik yang belum ada di pasaran negara ini atau yang telah ada namun kepelbagaiannya terhad seperti pisang yang menjadi antara kegemaran warga Netherlands, katanya.
Program bertemakan 'Taste of Malaysia' itu turut menampilkan penyediaan hidangan menggunakan bahan dari Malaysia oleh chef terkenal Malaysia yang berpangkalan di London, Chef Norman Musa, yang menyediakan salsa mangga dan nanas serta manisan, Creme brulee durian.
Pengunjung pasar raya Asia itu berpeluang membeli serta merasa makanan dan buahan-buahan eksotik Malaysia, dengan nangka dan durian menjadi tumpuan utama.
Pengeksport buah-buahan tropika ke Eropah, DRS Trading Sdn Bhd, yang menyertai promosi berkenaan membawa satu tan buah-buahan Malaysia untuk dipromosikan.
Minggu Malaysia ini turut melibatkan kerjasama Tourism Malaysia dan Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di The Hague.
Antara buah-buahan Malaysia yang dipromosikan ialah durian sejuk beku, nangka, manggis, rambutan, buah naga, ciku, dokong, jambu air, salak serta produk industri asas tani seperti rempah, pes dan kerepek keluaran Agromas.
Program promosi produk pertanian Malaysia kali ini yang berakhir pada Ahad, merupakan siri terakhir program promosi bagi 2016 anjuran PPP The Hague, selepas ke Sweden, Finland dan Romania. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 06 2016
Walaupun keluaran pertanian negara hampir sama dengan negara Asia lain, produk Malaysia mempunyai keunikan tersendiri dari segi rasa dan kualiti. - fotoBERNAMA/Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
CAEXPO 2019: Capaian produk tempatan diperluas ke pasaran tahap kedua, ketiga China
Pakatan yang baik antara kedua-dua negara akan meluaskan lagi jaringan capaian produk Malaysia di seluruh pasaran dalam dan luar negara, serta atas talian, yang dimiliki China Post.