Skip to main content

Dunia

Perdana Menteri UK batal program selepas bapa meninggal dunia pada usia 86 tahun

British Prime Minister Andy Burnham holds his first Cabinet meeting, in London, Britain, July 21, 2026. Eddie Mulholland/Pool via REUTERS
Perdana Menteri UK, Andy Burnham membatalkan semua program rasmi selama dua hari selepas bapanya meninggal dunia pada usia 86 tahun. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

LONDON: Perdana Menteri Britain, Andy Burnham membatalkan semua program rasmi selama dua hari selepas bapanya meninggal dunia pada usia 86 tahun, menurut pejabatnya pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.

“Perdana Menteri telah membatalkan semua program rasmi untuk hari ini dan esok berikutan pemergian bapanya, Roy,” kata jurucakap Downing Street dalam satu kenyataan.

Menurut laporan media, Roy Burnham, 86, menghidap penyakit Alzheimer dan tinggal di sebuah rumah penjagaan.

Mengenai bapanya yang tidak menyedari pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada Julai lepas, Burnham memberitahu akhbar The Times of London pada musim panas: “Ia sesuatu yang menyedihkan kerana beliau pasti akan berasa bangga. Pada pandangan saya, ini juga adalah pencapaian beliau. Pencapaian seluruh keluarga walaupun beliau tidak menyedarinya.”

Penyakit Alzheimer merupakan punca paling biasa bagi demensia di UK, menurut laman sesawang  Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement