awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diskaun saman kenderaan asing akan diteliti semula - Loke
Fitnah terhadap Azam Baki, Bukit Aman panggil Albert Tei beri keterangan
KKM saman dua syarikat klinik tidak berdaftar, keputusan representasi 13 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program berteras pendidikan, basmi kemiskinan tumpuan Belanjawan Selangor 2026

Bernama
Bernama
28/10/2025
14:45 MYT
Program berteras pendidikan, basmi kemiskinan tumpuan Belanjawan Selangor 2026
Amirudin ketika mengadakan mesyuarat dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri serta ketua-ketua jabatan bagi memuktamadkan intipati perancangan negeri tahun hadapan. - Gambar Facebook Amirudin Shari
SHAH ALAM: Pelaksanaan program baharu berteraskan pendidikan dan pembasmian kemiskinan menjadi keutamaan dalam Belanjawan Selangor 2026.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata dua teras utama itu diberi penekanan bagi memastikan rakyat terus maju seiring pembangunan negeri.
Beliau berkata kerajaan negeri kini giat memuktamadkan intipati perancangan akhir menjelang pembentangan Belanjawan Selangor 2026 bagi memastikan dasar dan peruntukan yang akan diumumkan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
"Ia bukan sekadar mengurus angka tetapi merangka masa depan dan memastikan setiap dasar serta peruntukan membawa manfaat sebenar kepada rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Amirudin berkata beliau telah mengadakan mesyuarat dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri serta ketua-ketua jabatan pada petang tadi, antara lain bagi memuktamadkan intipati perancangan negeri tahun hadapan.
Beliau berkata belanjawan itu dirangka dengan pendekatan menyeluruh, yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.
"Insya-Allah, Belanjawan Selangor 2026 bakal membawa khabar gembira buat penjawat awam negeri dan seluruh rakyat Selangor," katanya.
Pembentangan Belanjawan Selangor 2026 dijadualkan berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 14 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#penjawat awam
#Belanjawan Selangor 2026
#pertumbuhan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan