SERDANG: Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dilihat berjaya membantu pesawah mengurus ladang secara sistematik dan meningkatkan hasilan padi lebih bermutu.
Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Ladang Bernas, Shukli Suban berkata, program berkenaan juga bukan bertujuan untuk mengambil alih tanah milik pesawah sebaliknya membantu meningkatkan ekonomi mereka.
“Kami (Bernas) mempunyai pasukan yang cukup untuk membantu pesawah daripada mulanya aktiviti bersawah sehingga peringkat akhir, iaitu bermula dari menebas jerami, menabur padi sehingga menuai.
“Sebenarnya, ini juga untuk mendisiplinkan mereka mengikut jadual kerja ladang yang telah dibincangkan bersama agar mencapai hasil serta sasaran dikehendaki,” katanya ketika ditemui pemberita di Laman Padi, Pameran Pertanian, Horikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Shukli menambah, pihaknya turut mengaplikasikan teknologi terkini kepada pesawah melibatkan produk, proses dan jentera yang diguna pakai.
“Di Bernas sebenarnya, kami melibatkan teknologi secara menyeluruh meliputi proses dan produk yang terbaik untuk diguna pakai kepada pesawah.
“Apabila kami buat pengurusan ladang secara berpusat, kosnya akan lebih efektif dan membantu pesawah mencapai kecekapan kewangan terbaik dalam pengurusan sawah mereka,” katanya.
Katanya lagi, apabila lebih ramai pesawah memfokuskan kepada hasil padi yang bermutu, ia mampu meningkatkan kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara sekali gus sekuriti makanan negara akan lebih terjamin.
Sementara itu, pesawah dari Tanjung Karang, Selangor, Amri Adam, 50, berkata, pelbagai manfaat diterima pihaknya sejak menyertai program SMART SBB Bernas pada Jun lalu.
“Manfaat yang diterima adalah kita (pesawah) sentiasa dalam bimbingan Bernas untuk menama padi secara berilmu dan tepat melalui penggunaan racun lebih baik untuk hasil padi.
“SMART SBB Bernas ini turut memberi peluang kepada kami mendapatkan harga padi yang lebih baik,” ujarnya.
Program tersebut katanya, turut memfokuskan ke arah amalan pertanian lestari dan berteknologi tinggi.
Untuk rekod, program SMART SBB Bernas yang digerakkan itu adalah seiringan dengan matlamat MAFI untuk meningkatkan kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara sebanyak 75 peratus.
*Artikel ini adalah hasil kerjasama bersama Bernas.
Ehsan A Marisah
Sat Aug 06 2022

Program SMART SBB Bernas adalah seiringan dengan matlamat MAFI untuk meningkatkan kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara sebanyak 75 peratus. - Gambar fail

Cuepacs harap khabar gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini
Cuepacs berharap kerajaan dapat melaksanakan sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil serta saksama untuk semua penjawat awam di negara ini.

Jangan lewatkan kelulusan pekerja asing - FMM
Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) mengulangi gesaan agar prosedur permohonan semasa untuk kelulusan pekerja asing dikekalkan bagi menjamin kelicinan keputusan.

Malaysia sokong, bekerjasama dalam program UN-Habitat - PM
Kerajaan yakin UN-Habitat akan terus cemerlang di bawah kepemimpinan Maimunah bagi menjayakan aktiviti dan program berkaitan SDG.

Penulis kontroversi Salman Rushdie cedera ditikam atas pentas
Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Isu iPay88 | K-KOMM ambil tindakan serta-merta
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sudah mengambil tindakan serta merta berhubung insiden keselamatan siber membabitkan penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian, iPay88. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan Cyber Security Malaysia (CSM) yang mengadakan pertemuan dengan pihak iPay88 pada Jumaat.
![[TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang [TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982384/thumbnails/28747943721660322823997_640x360.jpg)
[TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang
Penulis novel kontroversi, Salman Rushdie, diserang ketika beliau hendak memberi syarahan di New York, pada Jumaat. Serangan dilakukan oleh seorang lelaki yang belum dikenal pasti.

Polis nafi kasari suspek kes dadah
Polis menafikan dakwaan bahawa seorang suspek telah dikasari sehingga menyebabkan kecederaan serius dalam satu serbuan di Seri Manjung, Lumut seperti yang tular di akaun Twitter seorang pemilik.

Malaysia-Qatar | Pertingkat hubungan dagangan kedua-dua negara
Qatar dan Malaysia bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia ada dan juga komited untuk meningkatkan keupayaan hubungan dagangan antara kedua-dua negara.

Pertahanan | Latihan ketenteraan bersepadu perkukuh Indo-Pasifik
Lebih 5,000 tentera dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Jepun, Singapura dan Indonesia terlibat dalam latihan ketenteraan bersama berhampiran kepulauan Sumatera pada Jumaat, terbesar sejak dimulakan pada 2009. Diadakan setiap tahun serta diketuai oleh AS dan Indonesia, ia bertujuan memperkukuh kerjasama serantau selain kebimbangan yang semakin meningkat akibat perluasan pengaruh China di kawasan Indo-Pasifik.

Kebakaran | Taman Negara Serra da Estrela terbakar
Lebih 1,600 anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran melibatkan Taman Negara Serra da Estrela di Portugal pada Khamis. Kebakaran yang dilaporkan berpunca akibat cuaca panas itu menjejaskan sekitar hampir 2,500 hektar kawasan hutan.

Program SMART SBB Bernas pertingkat hasil mutu padi tempatan
Program SMART SBB Bernas yang digerakkan itu adalah seiringan dengan matlamat MAFI untuk meningkatkan kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara sebanyak 75 peratus.