Skip to main content

Malaysia

Cuaca panas: Empangan Bukit Merah Kritikal Pengairan Tahap 1

Simpanan bekalan pengairan bagi empangan berkenaan ialah 18.6958 juta meter padu setakat Sabtu. - Gambar fail/ Bernama
Simpanan bekalan pengairan bagi empangan berkenaan ialah 18.6958 juta meter padu setakat Sabtu. - Gambar fail/ Bernama

Advertisement

IPOH: Status semasa Empangan Bukit Merah berada pada aras Kritikal Pengairan Tahap 1, iaitu 6.965 meter (m) berbanding aras berjaga-jaga 7.62 m.

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kerian di laman Facebook memaklumkan simpanan bekalan pengairan bagi empangan berkenaan ialah 18.6958 juta meter padu setakat semalam.

“Pesawah dinasihatkan untuk sentiasa mengunakan air dengan berhemat dan berjimat cermat,” menurut kenyataan itu.

Aras normal bagi prosedur operasi standard (SOP) bekalan pengairan ialah 8.69 m.

 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement