Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Kerajaan terus perkukuh sistem makanan, pastikan bekalan cukup - Mohamad Sabu

https://www.facebook.com/photo/?fbid=1478536023638274&set=a.404423604382860
MOHAMAD SABU: “Kita mungkin tidak nampak secara langsung, tapi impaknya boleh sampai ke meja makan.” - Foto FB Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memperkukuh sistem makanan negara bagi memastikan bekalan mencukupi dan akses kepada rakyat sentiasa terjamin ketika berhadapan dengan konflik di Asia Barat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia merupakan tanggungjawab yang sedang dan akan terus dilaksanakan.

Advertisement

“Dalam keadaan dunia hari ini, konflik geopolitik di Asia Barat bukan sekadar isu luar negara, tetapi ia turut memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan global. 

“Kita mungkin tidak nampak secara langsung, tapi impaknya boleh sampai ke meja makan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

 

Pada 13 Mac, kerajaan memberi jaminan bekalan makanan negara berada pada tahap mencukupi sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun ini walaupun ketidaktentuan global susulan konflik di Asia Barat.

-- BERNAMA

Must Watch Video