Sebanyak RM3.22 bilion telah diluluskan kepada 286,338 majikan yang mewakili 2.2 juta pekerja melalui Program Subsidi Upah setakat 31 Mei.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, terdapat peningkatan jumlah yang diluluskan sebanyak RM980 juta untuk 200,000 pekerja berbanding dua minggu sebelumnya.
“Bagi Program Pengekalan Pekerja yang dikawal selia oleh PERKESO, sehingga 31 Mei seramai 184,000 pekerja telah diluluskan bersamaan dengan RM110 juta sebulan. Manfaat ini akan disalurkan kepada majikan dan pemilik perniagaan.
“Seterusnya, Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) KWSP setakat 31 Mei, sebanyak 26,509 permohonan telah diterima, dan sebanyak 5,245 permohonan telah diluluskan bernilai RM34.8 juta bagi caruman KWSP majikan, berbanding RM20.6 juta dua minggu lalu.
“Saya ingin menekankan bahawa KWSP sedang meneliti setiap permohonan untuk menangguh dan menstruktur semula bayaran caruman. Kelulusan tidak boleh diberi sewenang-wenangnya kerana dari segi undang-undang, ini adalah satu kewajipan yang tidak boleh dielakkan oleh pihak majikan,” katanya dalam sidang media, pada Selasa.
Tambah Tengku Zafrul, untuk Dana Pinjaman Mudah PKS yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetuju terima oleh PKS adalah RM6.9 bilion, dan akan memanfaatkan 16,833 PKS.
“Mengenai Geran Khas Prihatin (GKP) untuk PKS mikro sebanyak 488,857 atau 76 peratus permohonan telah diluluskan dan semakan status permohonan boleh dibuat mulai pada 3 Jun 2020 dan bagi mereka yang lulus, jumlah bayaran sebanyak RM1.47 bilion akan dibuat mulai 15 Jun 2020.
“Saya juga ingin berkongsi bahawa LHDN sedang membuat semakan lanjut ke atas 81,260 permohonan, dan status kelulusan bagi permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun. Bagi mereka yang lulus, bayaran akan dibuat mulai 15 Jun juga," tambahnya.
LHDN juga mendapati sebanyak 72,859 permohonan yang tidak lulus. Bagi mereka yang tidak lulus, tempoh rayuan akan dibuka dari 3 hingga 15 Jun melalui portal rasmi LHDN iaitu gkp.hasil.gov.my. Bagi perayu yang lulus, bayaran akan dibuat mulai 29 Jun.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul juga menyatakan di bawah skim kredit mikro BSN, 4,587 permohonan telah diluluskan, bernilai RM175 juta.
“Bagi program TEKUN pula, jumlah permohonan yang diluluskan ialah 15,949, dengan nilai RM128 juta,’ jelasnya.
Afiezy Azaman
Tue Jun 02 2020
Tengku Zafrul menyatakan di bawah skim kredit mikro BSN, 4,587 permohonan telah diluluskan, bernilai RM175 juta. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.