BUSINESS
Proton kembali ke Singapura, perkenal e.Mas 7 di The Car Expo 2025

Proton Holdings Bhd (Proton) kembali ke Singapura dengan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7, yang akan dipertontonkan secara eksklusif kepada orang ramai di The Car Expo 2025 pada hujung minggu ini. - Foto FB Proton Cars
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) kembali ke Singapura dengan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7, yang akan dipertontonkan secara eksklusif kepada orang ramai di The Car Expo 2025 pada hujung minggu ini.
Ringkasan AI
- Proton kembali ke Singapura dengan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7, yang akan dipertontonkan di The Car Expo 2025.
- Kerjasama dengan VINCAR Group akan membantu Proton menembusi pasaran EV di Singapura.
- Pasaran EV di Singapura meningkat pesat, dengan sasaran mencapai 55% menjelang 2027.
"Melalui kerjasama dengan pengedar rasmi baharu VINCAR Group, syarikat automotif Malaysia kembali menembusi pasaran eksport yang kini menduduki tempat kedua tertinggi di dunia dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita berdasarkan pariti kuasa beli.
"Pada masa hadapan, VINCAR akan menerajui operasi barisan EV Proton di bawah jenama e.MAS, menawarkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang direka untuk gaya hidup bandar yang sesuai untuk warga Singapura," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata pelancaran Proton e.MAS 7 di Singapura merupakan langkah penting dalam memperluas pasaran antarabangsa serta komitmen untuk memperkenalkan EV berkualiti tinggi dan canggih ke rantau ini.
"Kami yakin e.MAS 7, yang menampilkan ciri-ciri menarik dan kesesuaiannya untuk persekitaran bandar, akan mendapat sambutan positif daripada pemandu di Singapura yang semakin mengutamakan mobiliti elektrik." katanya.
Pengunjung berpeluang melihat sendiri kedua-dua varian Prime dan Premium yang dilengkapi sistem pacuan elektrik 12-dalam-1 berprestasi tinggi serta bateri Aegis 'short blade' di booth D25, Singapore EXPO Hall 3 dan 4.
Kembalinya Proton ke Singapura tepat pada masanya sejajar dengan peralihan pantas negara itu ke arah mobiliti hijau.
Menurut Proton, pasaran EV di Singapura meningkat secara konsisten daripada 12 peratus kepada 18 peratus daripada jumlah keseluruhan industri automotif antara 2022 hingga 2023, dengan sasaran mencapai55 peratus menjelang 2027.
"Sebagai langkah sokongan kepada perubahan ini, kerajaan Singapura menyasarkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 12,000 tempat pengecasan EV di sekitar 2,000 kawasan parkir Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menjelang 2025, dan 60,000 menjelang 2030.
"Selain itu, kerajaan turut menetapkan matlamat untuk memastikan 100 peratus kenderaan menggunakan tenaga bersih menjelang 2040, sebagai sebahagian daripada usaha mencapai pengurangan perlepasan daripada pengangkutan darat.
Di Malaysia, Proton berkata lebih 6,000 tempahan telah diterima setakat ini yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia bersedia beralih kepada EV keluaran tempatan, asalkan pakej keseluruhan memenuhi jangkaan mereka.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami